Written by AbangNara | February 20th, 2019

Untungnya menjadi seorang manusia yang bernama Neelofa. Selepas diberi peluang menjadi individu ketiga menginap di resort The Muraka yang terletak di Kepulauan Maldives, sekali lagi Neelofa menjadi antara individu terawal untuk merasai kehebatan resort mewah Jumeirah Al Wathba Resort & Spa di Abu Dhabi. Pengacara program MeleTOP itu juga dijemput untuk menghadiri majlis perasmian resort berkenaan yang berlangsung pada Sabtu lalu. Memang bertuah sangat-sangat Neelofa nie!!!

neelofa

Menurut Neelofa, tujuan asalnya ke Abu Dhabi adalah untuk menjalani sessi penggambaran. Namun tidak disangka pula dijemput untuk merasai sendiri kemewahan dan kecantikan resort tersebut. Kata Neelofa:-

Tujuan saya ke sana adalah untuk menjalani sesi penggambaran. Tidak sangka pula diberi layanan untuk tinggal di resort semewah ini. Lebih istimewa, saya diberi kesempatan untuk menghadiri majlis perasmian resort sekitar tiga hari lalu

neelofa

Nampaknya tahun 2019 juga bakal menjadi satu tahun yang penuh dengan rezeki buat Neelofa. Semoga nama Neelofa akan semakin mekar di peringkat antarabangsa. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 3rd, 2017

Menjadi seorang Neelofa bukanlah satu perkara yang mudah. Neelofa adalah wanita yang boleh dikatakan sempurna. Berjaya dalam perniagaan, mempunyai jumlah pengikut ramai di laman sosial, cantik manis bertudung, pandai berkata-kata dan merupakan duta kepada banyak produk. Sudah tentu kepopularitian yang dikecapi sebagai seorang selebriti berhijab menyebabkan apa sahaja yang dilakukan oleh Neelofa menjadi perhatian ramai. Malah netizen juga banyak menegur Neelofa sekiranya melihat gaya fesyen yang dipakai olehnya tidak bersesuaian dengan imej seorang wanita berhijab.

neelofa hijab

Namun kadangkala komen dan kritikan oleh netizen kepada Neelofa agak melampau sehingga boleh menyakitkan hati. Neelofa sendiri agak sedih dengan komen-komen yang diterima, seolah-olah segala usaha yang dilakukannya dalam menaikkan martabat wanita berhijab tidak dihargai. Namun ada juga netizen yang menghargai segala perjuangan Neelofa. Kata Neelofa:-

Saya sedih apabila netizen yang mengecam ini langsung tidak menghargai dan melihat usaha dalam memecahkan tembok wanita berhijab di Malaysia menghadiri forum ini. Saya cuba mengubah streotaip. Jangan ingat wanita bertudung tidak mampu ke depan. Malangnya apa yang mereka nampak semuanya negatif sehingga mengeluarkan kata-kata kesat dengan penampilan saya waktu itu. Saya kagum dengan sikap mereka yang tidak menghukum wanita bertudung. Mereka sangat terbuka dengan penampilan saya dan menghormati saya sebagai seorang wanita Islam.

Apabila menyentuh mengenai fesyen, saya akui gemar bereksperimentasi dan setiap gaya yang diterjemahkan perlulah mengikut batas yang perlu dipatuhi. Jika dulu wanita takut dan tidak berani mengenakan tudung dan sering memberikan pelbagai alasan. Sekarang saya percaya dengan penampilan bertudung saya ini sedikit sebanyak dapat membuka mata dan mengubah perspektif mereka terhadap wanita bertudung. Saya percaya mereka yang mengkritik tidak tahu mengenai fesyen baru. Jadi, saya perlu beri mereka ruang untuk mengetahui gaya fesyen terkini dan lambat-laun mereka pasti dapat menerimanya.

neelofa hijab

Bak kata orang, kritikan itu adalah tanda sayang. Kadangkala memang teguran itu pedas dan sukar diterima, namun bila direnung kembali, akan ada kebenaran dan hikmahnya. Neelofa juga harus bersikap lebih terbuka menerima teguran. Perlu diingatkan tanpa peminat, Neelofa tidak mungkin akan boleh berjaya seperti hari ini. Apa pun Abang Nara respek dengan usaha Neelofa menaikkan martabat wanita berhijab. Semoga terus kekal istiqamah dalam perjuangan ini. Good luck and all the best.

Written by AbangNara | September 29th, 2017

Percutian Neelofa ke luar negara baru-baru ini telah mencuri perhatian para netizen. Salah satu sebabnya ialah fesyennya dengan seluar jeans koyak yang telah menjadi topik perbualan orang ramai. Malah kelibat Neelofa yang mengenakan turban ketika menghadiri sebuah majlis juga turut mendapat reaksi yang berbeza daripada peminat. Ada yang bersetuju, ada yang kecewa, ada yang mengkritik, ada yang memuji. Senang kata, apa sahaja yang digayakan oleh Neelofa ketika di luar negara baru-baru ini sentiasa mendapat perhatian orang ramai.

neelofa

Kalau sebelum ini kakak Neelofa iaitu Noor Nabila telah tampil memaklumkan bahawa adiknya itu memakai “inner” berwarna kulit untuk jeans koyaknya, kali ini giliran Neelofa tampil untuk memberi penjelasan. Kata Neelofa:-

Ia bukan kali pertama saya mengenakan jeans sebegitu dan orang yang komen itu mungkin baru kali pertama melihat diri saya, serta tak mengenali siapa saya. Saya tahu diri ini berhijab dan memang saya mengenakan ‘inner’ (pakaian dalam) bersama jeans itu. Biasalah, orang akan cuba mencari kesalahan memandangkan penampilan saya yang sebegini, jadi pelbagai kritikan dilemparkan

neelofa

Neelofa juga memaklumkan yang dia tidak akan sesekali membuka tudungnya seperti yang seringkali dilakukan oleh selebriti lain yang telah berhijrah. Persoalan ini timbul selepas Neelofa menggayakan turban yang menampakkan rambut ketika menghadiri malam gala Swarovski di Milan, Itali. Kata Neelofa:-

Saya tahu siapa diri ini dan saya suka memakai sesuatu yang dirasakan selesa, bukannya disebabkan suruhan orang lain. Saya juga tidak pernah terfikir untuk membuka hijab kerana inilah yang saya pilih sejak awal memakainya dulu.

Sebagai wanita berhijab, kita tak boleh terikat dengan satu fesyen saja, sebaliknya boleh jadi lebih bergaya. Dengan penampilan saya ini juga saya diterima dan dipandang orang luar ketika berada di Milan dan New York.

Kenapa orang suka menghukum sesuatu daripada melihat apa yang saya lakukan untuk negara, agama dan budaya ketika berada di sana? Saya diundang mewakili negara ke Persidangan Belia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di New York untuk bercakap selama 20 minit mengenai kepelbagaian budaya

neelofa

Inilah harga yang perlu dibayar oleh semua selebriti. Apa sahaja yang dipakai, apa sahaja yang dilakukan, apa sahaja perkongsian akan menjadi bahan bualan orang ramai. Itu satu perkara biasa. Anggaplah ini semua sebagai cabaran dan jadikan ia satu perangsang untuk terus maju dalam kerjaya. Asalkan kita tahu apa yang terbaik buat diri kita, itu sudah cukup. Tapi janganlah sampai terang-terangan melanggar hukum agama. Apa pun, good luck and all the best kepada Neelofa. Terima kasih juga kerana telah mengharumkan nama Malaysia ketika berada di luar negara. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | May 9th, 2016

Neelofa adalah pemenang besar di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH29). Selain daripada memenangi kategori Pengacara TV Popular, Neelofa turut merangkul Anugerah Bintang Paling Popular, yang merupakan anugerah terbesar pada majlis yang telah berlangsung semalam. Jutaan tahniah diucapkan kepada Neelofa. Apa pun, Neelofa kelihatan sangat jelita pada ABPBH29. Confirm ramai jejaka yang jatuh cinta.

neelofa abpbh29

Lagi 10 gambar Neelofa di ABPBH29 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

neelofa abpbh29

P.S: Nak cari baju-baju anak yang cantik, berkualiti dan harga berpatutan? Tak perlu pergi jauh-jauh. Pelbagai jenis baju, fesyen, perhiasan dan segalanya untuk anak-anak anda ada di Lovely Zara. Confirm si anak akan bertambah comel. Abang Nara ada beli legging hari tue. Kualiti memang terbaik. Puas hati sangat-sangat. Tunggu apa lagi? Ushar segera di Facebook Lovely Zara dan juga Instagram @Lovely.Zara.