Written by AbangNara | June 15th, 2015

Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk menunggu kelahiran cahaya mata sulung Lisa Surihani dan Yusry. Kalau tak silap, kehamilan Lisa sudah pun masuk trimester terakhir. Namun tidaklah diketahui bilakah tarikh kelahiran kerana pasangan ini masih belum bersedia untuk berkongsi saat itu dengan para peminat. Apa pun Lisa kelihatan semakin comel dan berseri-seri.

gambar lisa surihani mengandung

Semoga segalanya berjalan lancar buat Lisa Surihani sehingga hari kelahiran kelak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | February 9th, 2015

Berita kehamilan Lisa Surihani baru-baru ini memang menggembirakan kesemua peminat pelakon jelita ini. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang satu Malaysia teruja dengan berita ini. Walaupun tidak diketahui sudah berapa lama usia kandungan Lisa, satu gambar yang dikongsikan oleh Sharifah Amani telah menunjukkan yang ‘baby bump’ isteri kepada Yusry ini sudah mula kelihatan.

lisa surihani

Gambar ‘baby bump’ ini telah membuatkan para peminat melahirkan keterujaan mereka. Ramai yang mengucapkan tahniah, melahirkan rasa gembira dan berseronok dengan perkembangan ini. Malah ramai yang tak sabar mahu melihat kandungan itu membesar. Abang Nara percaya Lisa dan Yusry adalah orang yang paling teruja. Mesti tiap-tiap hari cakap dengan baby dalam perut.
lisa surihani

Semoga segalanya berjalan lancar buat Lisa Surihani. Trimester pertama adalah yang paling kritikal. Kena banyakkan berehat. Jangan buat kerja berat. Kalau boleh duduk di rumah je. Sama-samalah kita doakan agar semuanya selamat sehingga hari kelahiran kelak. Amin.

Written by AbangNara | August 5th, 2014

Lisa Surihani dan Yusry adalah pasangan suami isteri yang paling comel pada pandangan Abang Nara. Aksi bersahaja mereka memang mencuit hati. Terserlah kebahagiaan rumah tangga mereka berdua. Lisa Surihani sememangnya sejak sebelum berkahwin lagi merupakan ‘Malaysian Sweetheart’ dan walaupun sudah mempunyai suami, rasanya tiada siapa lagi mampu mengambil gelaran itu daripada Lisa.

lisa dan yusry raya

Sama cantik sama padan kan mereka berdua? Semoga rumah tangga yang dibina akan kekal abadi buat selama-lamanya. Insya Allah sama-samalah kita doakan agar Lisa dan Yusry cepat-cepat dikurniakan cahaya mata untuk melengkapkan lagi keluarga mereka. Pasti mereka berdua tidak sabar untuk menimang anak sendiri. Mana tahu ada rezeki raya tahun depan bertiga pula. Amin.

lisa dan yusry raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Abang Nara ucapkan kepada Lisa dan Yusri. Nanti nak duit raya!!! Lagi beberapa gambar Lisa Surihani dan Yusry di Aidilfitri dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Lisa Surihani.

 
Written by AbangNara | July 1st, 2014

Bagus betul Lisa Surihani ini. Sejak dari dulu lagi, Abang Nara memang perasan yang Lisa ini seorang yang mudah menerima teguran dan kritikan. Tak ada nak anggap satu dunia benci dia kalau tiba-tiba banyak komen negatif yang diterima. Terbaru, fesyen berkemban yang digayakan oleh Lisa ketika KL Fashion Week telah menerima kritikan daripada para peminatnya. Tampil tenang, Lisa memohon maaf atas gaya pakaiannya ketika itu.

lisa surihani berkemban

Kata Lisa menerusi Harian Metro:-

Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf.

Apa yang saya boleh katakan adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu, tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya.

Saya cukup terbuka dan okey jika ada yang menyokong atau menentang penampilan saya. Itu adalah biasa kalau apa yang kita pakai ada yang suka dan ada yang menentang.

Isu ini tak perlu ambil serius rasanya. Bagi saya tak perlu panjangkan benda yang tak perlu dipanjangkan.

lisa surihani berkemban

Betul kata Lisa Surihani itu. Apa jua yang kita lakukan, pasti ada yang suka dan pasti ada yang benci. Tak salah minta maaf kalau terasa ada sedikit kesalahan daripada pihak kita. Bukan luak apa pun kan? Apa pun Lisa nampak agak berisi sejak kebelakangan ini. Ada berita baik kah? Lagi beberapa gambar Lisa Surihani di KL Fashion Week dengan membaca artikel ini sepenuhnya.