Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fesyen Berkemban, Lisa Surihani Minta Maaf

Bagus betul Lisa Surihani ini. Sejak dari dulu lagi, Abang Nara memang perasan yang Lisa ini seorang yang mudah menerima teguran dan kritikan. Tak ada nak anggap satu dunia benci dia kalau tiba-tiba banyak komen negatif yang diterima. Terbaru, fesyen berkemban yang digayakan oleh Lisa ketika KL Fashion Week telah menerima kritikan daripada para peminatnya. Tampil tenang, Lisa memohon maaf atas gaya pakaiannya ketika itu.

lisa surihani berkemban

Advertisement

Kata Lisa menerusi Harian Metro:-

Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf.

Apa yang saya boleh katakan adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu, tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya.

Saya cukup terbuka dan okey jika ada yang menyokong atau menentang penampilan saya. Itu adalah biasa kalau apa yang kita pakai ada yang suka dan ada yang menentang.

Isu ini tak perlu ambil serius rasanya. Bagi saya tak perlu panjangkan benda yang tak perlu dipanjangkan.

Advertisement

lisa surihani berkemban

Betul kata Lisa Surihani itu. Apa jua yang kita lakukan, pasti ada yang suka dan pasti ada yang benci. Tak salah minta maaf kalau terasa ada sedikit kesalahan daripada pihak kita. Bukan luak apa pun kan? Apa pun Lisa nampak agak berisi sejak kebelakangan ini. Ada berita baik kah? Lagi beberapa gambar Lisa Surihani di KL Fashion Week dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


lisa surihani berkemban
lisa surihani berkemban
lisa surihani berkemban

lisa surihani berkemban

lisa surihani berkemban

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama