Written by Bella | March 19th, 2019

Fesyen yang digayakan oleh pelakon Rozita Che Wan sering kali menjadi buah mulut ramai. Terbaru, penampilan beliau ketika hadir ke majlis ulang tahun pertama Siti Aafiyah dikritik netizen.

Mereka mempersoalkan mengapa pula Che Ta harus memakai cermin mata hitam yang saiznya agak besar dalam sebuah majlis yang diadakan di dalam hotel, bukannya kawasa terbuka. Ada pula yang mengatakan, adakah beliau sengaja ingin meraih publsiti murahan?

Tidak hanya berdiam diri, Che Ta tampil mempertahankan dirinya dan menjelaskan beliau terpaksa memakai cermin mata hitam kerana sakit mata.

Sebenarnya, sudah beberapa hari saya sakit mata. Namun, disebabkan sudah berjanji dengan pihak pengurusan Siti selain menghormati jemputan, saya penuhi juga. Saya memang berbesar hati hendak memeriahkan majlis.

Cuma, sebelum pergi, saya memikirkan bagaimana mahu memenuhi jemputan dengan mata yang sakit. Hinggalah teman baik saya menyarankan memakai cermin mata gelap. Saya tahu, mungkin ada yang rasa janggal saya bergaya begitu. Tidak mengapa, apa yang penting, Allah tahu niat saya.

Cuba kalau ada artis lain melaram dengan memakai cermin mata gelap di acara anugerah pada sebelah malam,  ada tak yang cakap itu dan ini?.

Biasalah, sebagai selebriti memanglah apa sahaja yang dilakukan menjadi perhatian ramai dan menerima pelbagai kritikan. Bersabarlah je lah Che Ta.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 18th, 2019

Selamat hari jadi kami ucapkan buat si comel pipi merah, Siti Aafiyah Khalid yang sudah pun berusia 1 tahun.

Bersempena dengan hari istimewa buat anak sulungnya itu, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza telah mengadakan sebuah majlis untuk menyambut hari kelahiran Aafiyah. Semakin hari semakin bijak dan comel, Aafiyah kelihatan sangat ceria dan gembira.

Berlangsung penuh meriah di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, majlis itu dihadiri oleh kenalan rapat Siti Nurhaliza dan Datuk K serta rakan artis.

Jom kita layan beberapa lagi foto momen-momen indah sekitar sambutan majlis ulang tahun pertama Siti Aafiyah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : Instagram CTDK