July 7th, 2012

Sebentar tadi, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 tahun telah pun sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali dengan hanya sekali lafaz. Ella telah menerima wang hantaran sebanyak RM50,300 beserta tujuh dulang hantaran. Sebelum pernikahan, mereka berdua telah ditunangkan terlebih dahulu.

gambar pernikahan ella
Majlis pernikahan telah pun berlangsung di rumah keluarga Ella di Teluk Gadong, Klang. Seramai 300 tetamu telah pun dijemput ke majlis serba sederhana ini. Ella dan Azhar nampak sama cantik sama padan dengan pakaian rekaan Saiful Baharim. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ella yang kini sudah pun bergelar isteri orang.

February 20th, 2012

Kalau dah namanya rockers, posing untuk majalah pun kenalah gaya rock sejati. Dan Ella sememangnya tidak menghampakan peminatnya apabila tampil bergaya untuk menghiasi muka depan majalah EH! keluaran Mac 2012. Sekali tengok nampak gothic pun ada.

ella eh

Untuk pengetahuan semua, masih tiada desas-desus tentang bilakah Ella akan mengakhiri zaman gadisnya. Namun tajuk “I’m So In Love With…” yang ditampilkan kali ini agak catchy. Adakah Ella memperkenalkan kekasih hatinya secara ekslusif di dalam majalah EH! kali ini?

Semoga tahun 2012 memberikan lebih banyak rezeki kepada Ella bukan sahaja di dalam bidang nyanyian namun juga daripada segi jodoh. Sama-sama kita doakan. Amin ~~

October 12th, 2011

Serius cantik dan comel bila Jojie bertudung. Nampak lain sangat-sangat. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Jojie atas penghijrahan ini. Semoga segalanya berjalan lebih lancar dan selesa kepada Jojie.

gambar jojie bertudung

Sama-sama kita doakan agar turn Ella pulak akan tiba selepas ini. Amin

June 18th, 2009

ella

Ratu Rock Malaysia, Ella bagi kami memang Ratu Rock yang sebenar. Lagu Ella memang semua tangkap rock cintan baik punya. Kami yang membesar dengan mendengar lagu Ella memang tabik 100% kat Ella yang maintain suara best dari dulu sampai sekarang.

Tapi cian jugak tengok si Ella nie. Tak kawin-kawin sampai sekarang. Takkanlah tak ada orang yang berkenan kat dia. Suara dah best, duit pun ada, muka pun cun jugak. Takkan pernah putus cinta sampai sekarang tak lupa-lupa lagi kot?

Layan lagi gambar terbaru dan terkini Ella, Ratu Rock Malaysia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Sedih hati kami tengok iklan Inspirasi TV3 bila ada seorang artis lelaki cakap terima kasih kepada TV3 kerana banyak bagi rezeki kat dia. Nak amik hati TV3 pun janganlah sampai wat ayat bodoh tahap macam tue. Wat malu jer. Rezeki tue bukan TV3 yang kasik cik abang oi ~~

ella

ella

ella