Written by AbangNara | January 29th, 2013

Lama tidak mendengar perkembangan terkini Diana Danielle. Diana kini berada di Australia untuk menyambung pelajarannya sementara Farid Kamil pula berada di Malaysia. Tentu kedua-duanya saling merindu sesama sendiri.

diana danielle

Abang Nara pasti Farid Kamil akan mengambil kesempatan seberapa banyak yang boleh untuk melawat isterinya yang tercinta. Lebih-lebih lagi Diana sedang hamil dan perlukan perhatian yang khusus daripada sang suami. Semoga Diana sentiasa sihat sejahtera di negara orang.

diana danielle

Lagi 6 keping gambar Diana Danielle ketika menghadiri photoshoot majalah Cosmopolitan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

jubah pattern
P.S: Jubah pattern ekslusif yang sesuai dipakai ke majlis agama, kenduri dan pejabat. Hanya RM99 sahaja. Penghantaran adalah percuma. Terus ke laman web Gudang.My atau Facebook Gudang.My untuk info lanjut.

 
Written by AbangNara | December 10th, 2012

Hati manusia mana yang tidak sedih apabila kehamilan sendiri dipertikai. Abang Nara faham perasaan gundah gulana Diana Danielle sekarang. Niatnya hanya mahu berkongsi berita gembira mengenai kehamilan, sayangnya banyak pihak yang mempersoalkan status kandungannya.

diana danielle hamil

Mana-mana wanita pun akan sedih apabila dituduh terlanjur sebelum nikah dan kononnya telah hamil sebelum sah menjadi suami isteri. Bagi Abang Nara, tak perlulah semua itu diperkatakan. Cukup ucapan tahniah dan doa agar kehamilan itu dipermudahkan sehingga bersalin kelak. Tak ke gitu?

dd
Membaca kata-kata Diana Danielle di dalam BiPop semalam, Abang Nara dapat rasa betapa sedihnya jiwa Diana Danielle. Kasihan sungguh padanya. Sudahlah mengandung, stress pula dengan tohmahan yang bukan-bukan. Sedikit petikan untuk anda semua di bawah:-

Apa pun orang nak bercakap mahupun mempertikai pernikahan saya dan Farid, jawapannya mudah sahaja, jodoh kami dah sampai. Apabila kami mempercepatkan pernikahan dan membuat pengumuman mengenainya, ramai pula yang tak puas hati. Mereka beranggapan macam ada sesuatu. Orang berkata kononnya usia kandungan saya lebih lama daripada tempoh pernikahan. Orang mempersoal baru 16 hari nikah takkan dah bunting pelamin? Tapi apabila Allah beri kami rezeki yang saya dan Farid sendiri tak jangka, takkan nak menolak? Biarlah orang nak bercakap apa sahaja. Kalau saya nafikan sekali pun, orang akan tetap bercakap, seperti mana yang mereka fikirkan. Mereka tidak percaya apa yang saya jelaskan, sebaliknya lebih mempercayai spekulasi. Jadi cakaplah selagi mereka belum puas. Saya tak mampu nak tutup mulut semua orang.

Kepada Diana Danielle, bertabahlah. Biarlah orang nak kata apa, yang penting anda sihat, kandungan anda sihat dan Farid Kamil sentiasa ada di sisi anda sepanjang kehamilan ini. Kepada pembaca BeautifulNara, marilah sama-sama kita doakan kebahagiaan pasangan pengantin ini. Amin ~~

Written by AbangNara | November 12th, 2012

Abang Nara tak ada lagi ke gambar nikah Diana Danielle ngan Farid Kamil? Tak puas lah tengok kecomelan diorang berdua. Cemburu sangat-sangat.” Itulah antara kata-kata yang sering Abang Nara terima menerusi email dan Facebook. Nampaknya ramai yang mahukan lebih banyak gambar detik-detik bahagia Farid Kamil dan Diana Danielle.

diana danielle farid kamil

Untuk tidak menghampakan anda, Carlos Nizam Photography yang merupakan salah seorang jurugambar rasmi untuk majlis pernikahan Diana Danielle dan Farid Kamil telah berkongsi gambar-gambar ekslusif ketika majlis berlangsung. Abang Nara suka sangat-sangat semua gambar yang diambil. Awesome gila-gila kot!!!

diana danielle farid kamil

Lagi 15 keping gambar sekitar majlis pernikahan DD dan FK dengan membaca entri ini sepenuhnya. LIKE Facebook Carlos Nizam Photography dan lawati laman web Carlos Nizam sebagai tanda terima kasih anda.

 
Written by AbangNara | November 6th, 2012

Romantis sungguh pasangan pengantin baru si Farid Kamil dan Diana Danielle ini. Abang Nara tak kira korang nak cakap apa tetapi Abang Nara nak kongsikan lagi gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan mereka. Ini kerana mereka berdua sweet yang teramat sangat.

diana danielle

Dalam banyak-banyak gambar yang diambil oleh MangoTouch ini, Abang Nara paling suka gambar di bawah. Tahniah diucapkan kepada si photographer kerana berjaya mengambil detik mengalirnya air mata Diana Danielle ketika Farid Kamil sah melafazkan akad nikahnya. Awesome!!!

diana danielle

45 keping gambar lagi dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook MangoTouch.