October 5th, 2012

Semenjak memenangi kejuaraan Asian Wave 2012 baru-baru ini, Shila Amzah memang super duper busy. Mana taknya, hampir kesemua stesen radio dan TV ingin menemuramah Shila Amzah mengenai kejayaannya itu. Semoga dengan kemenangan ini, kepopularitian Shila akan semakin meningkat dan lebih awesome di masa depan.

shila amzah

Apa pun Abang Nara makin suka melihat keayuan Shila Amzah semenjak tampil dengan imej bertudung. Cantik-cantik tudung yang digunakan oleh Shila. Abang Nara perasan yang Shila suka gunakan tudung ber”printed”. Memang sesuai sangat dengan gaya dan style Shila yang happy go lucky.

shila amzah

13 lagi gambar terbaru Shila Amzah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Shila Amzah.

shila amzah
P.S: Oleh kerana sambutan yang super hangat, kini jubah muslimah kembali semula di kedai online kami, Gudang.MY. Dengan kualiti yang tinggi pada harga yang sangat berpatutan, inilah pembelian yang amat berbaloi. Klik di sini untuk melihat seleksi yang ada dan untuk membuat pembelian anda.

shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah

August 7th, 2012

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Shila Amzah yang telah mengesahkan dirinya kini bertudung sepenuhnya. Nampaknya tahun 2012 ini sungguh ramai artis yang berhijrah. Ini satu petanda yang sangat baik buat kita semua. Semoga penghijrahan Shila Amzah ini akan berkekalan sehingga bila-bila.

shila amzah kini bertudung

Berkata kepada wartawan Mstar, Shila Amzah mengakui yang dia hanya mencuba untuk bertudung bermula 1 Ramadhan lalu sebagai langkah menghormati bulan puasa. Selepas 15 hari, Shila Amzah merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk dia bertudung sehingga ke akhir hayat. Kata Shila:-

Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut. Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung. Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah.

shila

Serius Abang Nara agak terharu membaca kisah Shila Amzah ini. Simple tetapi penuh dengan makna di sebalik ceritanya. Kepada peminat Shila, jangan risau kerana Shila memberitahu yang dia akan tetap menyanyi. Namun nyanyiannya itu akan disesuaikan dengan imej terbarunya.

Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan. Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna.

Tahniah sekali lagi kepada Shila Amzah atas penghijrahan ini. Sama-sama kita doakan agar Shila kekal sebegini sehingga ke akhir hayatnya. Tahniah Shila.