August 7th, 2012

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Shila Amzah yang telah mengesahkan dirinya kini bertudung sepenuhnya. Nampaknya tahun 2012 ini sungguh ramai artis yang berhijrah. Ini satu petanda yang sangat baik buat kita semua. Semoga penghijrahan Shila Amzah ini akan berkekalan sehingga bila-bila.

shila amzah kini bertudung

Berkata kepada wartawan Mstar, Shila Amzah mengakui yang dia hanya mencuba untuk bertudung bermula 1 Ramadhan lalu sebagai langkah menghormati bulan puasa. Selepas 15 hari, Shila Amzah merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk dia bertudung sehingga ke akhir hayat. Kata Shila:-

Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut. Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung. Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah.

shila

Serius Abang Nara agak terharu membaca kisah Shila Amzah ini. Simple tetapi penuh dengan makna di sebalik ceritanya. Kepada peminat Shila, jangan risau kerana Shila memberitahu yang dia akan tetap menyanyi. Namun nyanyiannya itu akan disesuaikan dengan imej terbarunya.

Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan. Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna.

Tahniah sekali lagi kepada Shila Amzah atas penghijrahan ini. Sama-sama kita doakan agar Shila kekal sebegini sehingga ke akhir hayatnya. Tahniah Shila.


96 responses to “(TAHNIAH)Shila Amzah Kini Sudah Sedia Untuk Bertudung Sepenuhnya”

  1. Selamat hari raya says:

    Alhamdulillah semoga akak dan shila bjaya mjadi wanita solehah..dan dpt mng’upgrade’ kan hijab kita ke tahap maksimum…smoga cepat kejinjang pelamin Amin..

  2. sangkaan meleset says:

    this is for bulu jubo: i agree ngan u. “tok tie” mcm sgt familiar n kuat hint tu.
    i support those yg nak berhijrah.respect sgt. as long as u r not hypokrit mcm si tok tie..wat ever tie yg pakai serkop mcm separuh dunia spearuh akhirat di telapak tangan. xpe la kalo ter-terpegang yg bukan muhrim..asalkan x mengambil hak kepunyaan orang lain. harap la yg dikeTOK mengerTIE..wat ever it is good luck sheila.

  3. rainbow says:

    Tahniah!! =) semoga menjadi mukminah, jaga adab dan batas pergaulan dgn bkn muhrim juga.. =)

  4. nina says:

    erk…yg sebelah tu Rasti(Michella Putri) …Nada Cinta ….Cantik jugak…:)

  5. pelik says:

    agama tu bukan utk golongan ustaz atau ustazah smate2x . pelik dgn manusia yg diberi nikmat jadi muslim tapi sgt skeptikal bile ade org menegur cpt saja dilabel ustaz dan ustazah …org pakia tudung ikhlas atau tak tuhan je yg tahu….dan Allah sgt suke perbuatan yg istiqamah walaupun sikit…inshaallah berubahla tu sikit2x…yg penting first2x solat dulu yg penting solat yg dgn penuh penghayatan…xperlu jadi ustaz or ustazah utk tahu hal agama….. pemerhatian dr kawan2x dan keterbukaan utk bergaul dgn org agamanye walaupun diri xbaik xkn merugikan dpt melebur sangkaan atau skeptikal

Loading...