December 28th, 2015

Jika kakaknya Rozita Che Wan terbang ke London untuk bercuti di hujung tahun ini, Ayu Raudhah dan keluarganya pula telah memilih Itali sebagai lokasi percutian akhir tahun mereka. Itali sememangnya terkenal dengan rekaan bangunan mereka yang begitu gah sekali. Satu hari nanti pasti Abang Nara pun akan menjejakkan kaki ke sini. Teruja nak bergambar dengan bangunan-bangunan yang penuh dengan sejarah ini.

ayu raudhah

Semoga percutian ini akan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan Ayu Raudhah. Selepas sepanjang tahun penat bekerja, apa salahnya berehat di luar negara kan? Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

ayu raudhah

ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah
ayu raudhah

June 12th, 2014

Di kala pelbagai desas-desus menimpa suaminya, Ayu Raudhah tetap tenang dan kelihatan sentiasa menyokong suaminya. Inilah tugas seorang isteri sebenarnya. Tidak mudah percaya dengan kata-kata orang, sentiasa berbincang dan saling mempercayai. Untung Zaquan Adha mendapat seorang isteri yang begitu baik hati seperti Ayu Raudhah.
ayu raudhahHari ini menerusi akaun Instagramnya, Ayu Raudhah melahirkan rasa kesyukuran bersuamikan Zaquan Adha. Tulis Ayu:-

Alhamdulillah i sentiasa bersyukur bersuamikan Mohamad Zaquan Adha.. no matter wut people said! i percaya apa Allah berikan adalah yg terbaik utk kita sama ada dugaan atau nikmat kebahagian.. dn semoga allah memberi kita kekuat menghadapi segala dugaanNya dan bersyukur dgn segala nikmat ke bahagiaan yg Allah s.w.t berikan.Amin ya robbala’lamin..

Malah Ayu Raudhah juga mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang tak putus-putus mendoakan kebahagiaan hidupnya dan suami.
ayu raudhahAdat berumah tangga, pasti ada pasang dan surutnya. Anggaplah ini sebagai ujian dan cabaran. Kalau kita ambil secara positif, pasti akan tambah erat hubungan suami isteri. Semoga Ayu dan Zaquan tabah menghadapi dugaan ini. Yang penting, teruskan mempercayai antara satu sama lain. Itulah kunci kebahagiaan.

P.S: Mazda 3 dan Mazda 6 CKD akan dikeluarkan

July 15th, 2013

Gembiranya Abang Nara melihat betapa bahagianya hubungan suami isteri Ayu Raudhah dan Zaquan Adha ini. Wajah mereka tampak lebih berseri-seri sejak kehadiran cahaya mata pertama mereka iaitu Muhammad Aisy Qaiser. Memang comel sangat anak mereka berdua ini.

anak ayu raudhah

Dalam diam, Aisy sudah pun berusia 4 bulan. Sekali imbas, Aisy memang mengikut wajah ibunya. Kalau anda mengikut Instagram pasangan suami isteri ini, pasti anda akan tersenyum lebar melihat telatah comel anak mereka. Abang Nara rasa geram nak cubit je.

anak ayu raudhah

Ayu Raudhah juga telah mula kembali berlakon semula selepas berehat panjang baru-baru ini. Apa-apa pun, semoga kebahagiaan keluarga ini akan berkekalan sehingga ke hujung hayat. Sama-samalah kita doakan mereka. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Hanya 400 unit Mirage Sports pada harga RM69,980

anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah

September 17th, 2012

Episod perselisihan faham antara Rita Rudaini, Zaquan Adha dan Ayu Raudhah seolah-olah tiada penghujungnya. Selaku peminat, pastinya ramai yang berharap mereka bertiga dapat berdamai. Walaupun nampak mustahil, semalam menerusi Pancaindera, Zaquan dan Ayu melahirkan rasa ingin berbaik dengan kakak iparnya itu.

berdamai rita

Ini sememangnya satu langkah baik yang harusnya dipuji. Kadang-kala pertelingkahan berlaku kerana kenyataan yang dikeluarkan tidak sama dengan apa yang ditulis melalui media. Kata Ayu Raudhah:-

Saya tak nak bagi kenyataan lagi lepas ini sebab kadangkala apa yang saya cakap itu tak sama apa yang ditulis di akhbar. Jadi maksud sebenar yang nak saya sampaikan itu tak tercapai. Contohnya, dalam satu ayat itu ditulis ada perkataan yang berpotensi nak provokasi pihak sana. Hah, itu yang cetuskan masalah sebab boleh tambah keruh keadaan. Jadi, bila dah diterbitkan, pihak sana pula terasa. Kemudian dia buat kenyataan balas. Tak kiralah sama ada di Twitter atau medium mana pun. Kalau macam itu, bila boleh selesai masalah.

ayu rita

Ada benarnya juga kata-kata Ayu ini. Menurut Ayu, ada kalanya dia terasa ada pihak yang cuba melaga-lagakan mereka. Mungkin ada pihak yang tak mahu melihat kebahagiaan mereka kot. Apa pun Abang Nara terharu dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Zaquan ini:-

Prinsip saya cukup mudah. Saya tak suka orang pijak nama baik keluarga. Cakap yang bukan-bukan tentang keluarga saya. Jadi dalam masalah macam ini, berdamai adalah jawapannya. Jujurnya, saya dah letih bila orang cemuh bila isu ini dibangkitkan. khlas dari lubuk hati, saya teringin nak berkenalan lebih rapat dengan kakak ipar saya itu. Saya juga nak tengok kami sekeluarga duduk satu meja, berborak, bergurau. Itulah impian saya.

Semoga impian Zaquan ini akan tercapai. Kalau niat itu memang ikhlas, pasti Allah akan tunjukkan jalan. Sama-sama kita doakan.

P.S: Kisah cinta yang tulus dalam 22 gambar.