October 19th, 2015

Sejak semua mengetahui Lisa Surihani sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan bulan lepas, ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat wajah Yahaira Leanne yang terkini. Walaubagaimanapun keana ingin menjaga privasi mereka serta anak yang baru dilahirkan itu, Lisa sehingga kini masih belum ingin berkongsi foto anaknya kepada umum.

Malah, ada peminat yang sudah mula mempertikaikan tindakan Lisa dan menganggap pelakon itu tidak gembira dengan kehadiran anaknya. Aik sampai macam tu sekali?

Namun, tidak semua peminatnya bersikap sebegitu ada yang membidas komen berkenaan dan memahami bahawa pasangan Lisa dan Yusry ingat akan pesan orang tua-tua bahawa agak tidak manis untuk terlalu mendedahkan wajah anak pada peringkat awal. Ada juga yang meminta agar peminat lain menghormati privasi mereka sekeluarga kerana Yusry sebelum ini memberitahu tidak mahu anaknya menjadi tumpuan lensa kamera.

Biasalah kalau jadi artis setiap perkara yang mereka ingin lakukan pasti akan di kritik, memang lah peminat adalah tulang belakang seseorang artis tetapi tidak semua perkara mereka harus ikut cakap peminat bukan? Sabar je lah, pasti satu hari nanti kita akan dapat lihat foto Yahaira Leanne yang terkini.

September 25th, 2015

Memang hebat sungguh kan sambutan kelahiran anak Lisa Surihani dan Yusry KRU daripada peminat mereka. Iyalah, tidak sampai beberapa jam Lisa mengumumkan nama puteri sulungnya itu, ada individu yang sudah mewujudkan akaun Instagram palsu atas nama Yahaira Leanne.

Tidak mahu peminat tertipu, Lisa menerusi akaun Instagram beliau telah mendedahkan akaun palsu tersebut yang dibuat tanpa kebenaran dan pengetahuan beliau serta Yusry.

Lisa meminta agar pihak yang tidak bertanggungjawab memadam akaun palsu tersebut dengan kadar segera.

This is a FAKE account. Hope the person who created it will respect and delete the account. Thank you.

Baru sahaja dilahirkan, Yahaira Leanne nampaknya sudah popular mengatasi anak-anak selebriti lain sebelum ini. Mungkin ramai sebenarnya yang tidak sabar untuk melihat lebih lagi foto-foto terkini beliau. Boleh sahaja wujudkan akaun khas untuk anak pasangan tersebut  cuma perlukan keizinan ibu bapanya.

September 18th, 2015

Akhirnya yang dinanti-nanti telah pun tiba. Lisa Surihani dan Yusry KRU telah pun berkongsi gambar anak sulung mereka. Cahaya mata perempuan ini telah dilahirkan di Pantai Medical Centre Bangsar dengan berat 3.4 kilogram pada 15 September kira-kira jam 11.44 malam. Lisa dan anak telah pun pulang ke rumah. Kedua-duanya berada di dalam keadaan sihat. Alhamdulillah.

gambar anak lisa surihani

Nama anak Lisa Surihani dan Yusry KRU bakal diumumkan selepas 7 hari. Diharap Lisa dan Yusry akan lebih banyak berkongsi gambar wajah anak mereka sementara itu. Pasti ramai yang tak sabar nak melihat wajah si comel ini secara lebih dekat. Sama-sama kita nantikan. Tahniah Lisa dan Yusry. Sumber Instagram H!Live.

September 16th, 2015

Semalam semua peminat pasangan romantik Lisa Surihani dan Yusry cukup teruja apabila mendengar selebriti kesayangan mereka selamat menimang cahaya mata perempuan yang pertama.

Namun, buat masa ini pasangan berkenaan masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung kelahiran puteri mereka.

Terbaru, menerusi portal mStar Online Lisa mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap insan yang mendoakan beliau tetapi sekarang ini beliau meminta untuk diberikan ruang sedikit dengan keadaan yang baharu dan belum bersedia untuk ditemu ramah.

Harap faham buat masa ini Lisa dan Yusry belum boleh bagi kenyataan atau interviu. Harap-harap dapat diberi ruang untuk kami “adjust” diri dulu dan kemudian kami akan maklumkan kepada pihak media.

Lisa Surihani dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Sebelum ini Yusry pernah berkahwin dengan aktres Erra Fazira sekitar tahun 2003 dan kemudiannya bercerai pada 26 April 2006.

Sumber Berita: mStar Online