February 7th, 2012

Kan Abang Nara dah cakap, Adira mesti geram sangat dengan kecomelan anjing di bawah. Itu yang sampai dipeluknya. Dan anda semua jangan risau, menurut Adira, anjing tersebut berada di dalam kering dan dia sudah pun menyamak selepas memeluk anjing tersebut. Apa pun, Adira memohon maaf kerana kecuaian dan kurang peka daripada pihaknya.

adira pegang anjing

Kata Adira kepada wartawan Mstar:-

Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya. Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam. Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar.Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan. Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu. Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan. Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

Diharap anda semua puas hati dengan penjelasan Adira. Kepada Adira, lain kali letak gambar profil di handphone dengan kucing pun ok jugak. Cute pun cute jugak. Hehehe. Abang Nara gurau-gurau je. Jangan marah yek Adira.

February 6th, 2012

Nampaknya artis beragama Islam terutama wanita gemar bergambar dengan anjing. Kalau Abang Nara pastinya lebih gemar bergambar dengan kucing. Tak dinafikan memang anjing ada kecomelannya. Yang terbaru, penyanyi Ombak Rindu, Adira AF pulak dilihat bergambar dengan sesuatu yang kelihatan seperti seekor anjing.

anjing

Abang Nara tak dapat pastikan 100% bahawa benda yang dipegang itu ialah seekor anjing. Sekali tengok memang nampak macam anjing, 2 kali tengok nampak macam bantal ada bulu-bulu. 3 kali tengok nampak macam anak patung pun ada. Hanya Adira sahaja yang tau apakah benda yang sebenarnya dipegang olehnya.

Apa pun kepada Adira, jangan lupa samak kalau benar binatang di atas ialah seekor anjing. Dan sifat penyayang kepada binatang anda memang sangat terserlah di dalam gambar di atas. Kredit gambar kepada Rotikaya.