Written by Bella | January 22nd, 2018

Perkahwinan semula pelakon Datuk Adi Putra bersama bekas isteri pertamanya, Aida Yusof cukup mendapat perhatian ramai minggu lalu. Pernah bercerai selama sembilan bulan, ramai yang mendoakan agar pasangan ini dapat kekal sehingga ke syurga bersama.

Menurut Adi, meskipun mereka pernah bercerai selama sembilan bulan, perasaan cinta dan kasih sayangnya terhadap Aida tetap membara. Beliau bersyukur jodoh mereka masih kuat dan ditakdirkan untuk bersama semula.

Saya masih sayangkan dia dan sepanjang masa berpisah, kami tidak pernah bergaduh atau berbalah. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah dan pengajarannya. Alhamdulillah Allah telah membuktikan bahawa jodoh kami berdua sudah tertulis untuk sentiasa bersama.

Dalam pada itu, Aida berkata beliau tidak pernah menyimpan dendam terhadap Adi meskipun melalui beberapa dugaan yang memusnahkan rumah tangga mereka terdahulu.  Bernikah semula bukanlah tentang soal memberikan Adi peluang kedua tetapi ini adalah ketentuan terbaik Allah SWT untuk mereka.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | January 19th, 2018

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Datuk Adi Putra yang telah mengambil keputusan untuk bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya, Aida Yusof semalam.

Berita gembira itu mula dikongsikan oleh anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang merupakan rakan baik kepada pasangan tersebut. Nurul memuat naik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya itu di akaun Instagramnya.

Tidak lama selepas itu, Adi pula memuat naik foto bersama isteri tercinta di akaun Instagramnya dengan ucapan syukur.

Continuity of 12 years. Syukur Pada Allah dan terina kasih pada yang hadir dan juga mendoakan buat Saya dan @aidayusof15. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai Ummah. Ameen #taatpadayangsatu #adpfamili #allahuakbar

Rata-rata peminat Adi cukup gembira dengan berita tersebut dan mendoakan agar jodoh mereka berkekalan sehingga jannah.

Adi dan Aida mendirikan rumah tangga kali pertama pada 14 April 2006.  Selepas itu, aktor terkenal itu berpoligami apabila sah bernikah dengan Norshahida pada 20 Jun 2016. Walaubagaimanapun, Adi yang dihimpit pelbagai kontroversi mengenai pernikahannya membuat kenyataan bahawa beliau sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kedua-dua isterinya itu sekitar pada Mac 2017.