Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Datuk Adi Putra yang telah mengambil keputusan untuk bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya, Aida Yusof semalam.
Berita gembira itu mula dikongsikan oleh anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang merupakan rakan baik kepada pasangan tersebut. Nurul memuat naik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya itu di akaun Instagramnya.
Tidak lama selepas itu, Adi pula memuat naik foto bersama isteri tercinta di akaun Instagramnya dengan ucapan syukur.
Continuity of 12 years. Syukur Pada Allah dan terina kasih pada yang hadir dan juga mendoakan buat Saya dan @aidayusof15. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai Ummah. Ameen #taatpadayangsatu #adpfamili #allahuakbar
Rata-rata peminat Adi cukup gembira dengan berita tersebut dan mendoakan agar jodoh mereka berkekalan sehingga jannah.
Adi dan Aida mendirikan rumah tangga kali pertama pada 14 April 2006. Selepas itu, aktor terkenal itu berpoligami apabila sah bernikah dengan Norshahida pada 20 Jun 2016. Walaubagaimanapun, Adi yang dihimpit pelbagai kontroversi mengenai pernikahannya membuat kenyataan bahawa beliau sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kedua-dua isterinya itu sekitar pada Mac 2017.

Syarafina
January 20, 2018 at 1:15 pm
Alhamdulilah yg penting isteri pertama yg sah tetap disayangi
Jadi pada pompuan gatal yg merenyam kat laki org tu bertaubatlah
Ps: settle down dgn kerani n17 landskap semoga berbahagia
Siti
January 19, 2018 at 3:46 pm
Ya Allah..syukur..sy mengikuti kalian sejak dr ady bujang..berkahwin..sy mengenali aida yusof dr jauh..cantik manis orgnya..persis dato ct ketika majlis perkahwinan mrk..syukur Ya Allah
Anonymous
January 19, 2018 at 3:40 pm
Ya Allah..syukur..sy mngikuti kalian sejak dr ady bujang..berkahwin..mengenali aida yusof dr jauh..syukur Ya Allah
Humble sllu
January 19, 2018 at 3:18 pm
Jgn gtal2 lg ye adi.stia pd stu,nsib baik c aida nk awk blik.
Anonymous
January 19, 2018 at 2:21 pm
Alhamdulillah