April 8th, 2015

Semalam, Sharnaaz Ahmad telah mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak redha dengan kemenangan Shah Iskandar sebagai Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2014 dan lebih rela tewas dengan pelakon Amar Baharin. Sharnaaz juga meminta agar peminat mengundi berdasarkan bakat dan bukannya rupa semata-mata.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Shah Iskandar bagaimanapun tidak merasa kecil hati serta memberitahu Sharnaaz mempunyai hak untuk bersuara.

Saya hanya boleh katakan no comment mengenai perkara ini kerana itu merupakan hak dia untuk lontarkan pendapat apa yang dia rasa.

Bagi saya sesiapun berhak untuk melontarkan pendapat dan bersuara kerana itu merupakan hak masing-masing sebab mereka juga berkerja keras untuk memenangi anugerah tersebut.

Pada masa yang sama, Shah merasa agak terkejut apabila sekali lagi menjadi juara dalam kategori tersebut dan sekaligus menewaskan nama-nama besar seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Sharnaaz Ahmad dan Amar Baharin.

Sehingga kini saya masih terkejut dengan kemenangan tersebut dan berterima kasih kerana kelab peminat yang berkerja keras dalam memastikan kemenangan pada malam itu kerana melakukan sesuatu perkara luar biasa.

Tidak salah untuk meluahkan pendapat tetapi kita harus menerima kekalah dengan penuh keredhaan. Sudah tertulis bukan rezeki Sharnaaz Ahmad untuk menang, jadi teruskan usaha anda. Siapa tahu mungkin tahun hadapan anda berpeluang untuk menang?

Sumber Berita: mStar Online

April 7th, 2015

Minggu lepas Shah Iskandar telah memenangi anugerah Pelakon TV Lelaki Popular di ABPBH 2014 yang turut menyenaraikan Sharnaaz Ahmad sebagai salah satu calon top 5 kategori tersebut.

Kemenangan Shah nampaknya menimbulkan rasa tidak puas hati Sharnaaz dimana aktor tersebut merasa tidak redha dengan keputusan itu dan kecewa kerana pihak yang mengundi tidak mampu untuk menilai seseorang itu menerusi bakatnya.

Saya tidak redha. Saya bukan tidak berpuas hati tapi saya lebih rela jika kalah dengan Amar Baharin. Undilah atas bakat dan kualiti lakonan seseorang pelakon itu, bukan atas wang ringgit.

Mengakui dirinya sukar untuk memenangi anugerah, Sharnaaz tetap bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam lakonan dan satu hari ingin lebih berjaya dalam kariernya.

Sharnaaz semalam bagaimanapun telah dipilih sebagai Artis Paling Kontroversi menerusi kategori online.

Jika hendak suruh peminat undi berdasarkan bakat memang agak susah sebenarnya, sudah lumrah manusia akan pilih rupa berbanding hati ataupun bakat. Ada rupa takde bakat? Jangan risau anda pasti terpilih untuk jadi popular juga…Heh

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

April 6th, 2015

Semalam Sharnaaz Ahmad telah hadir ke ABPBH2014 bersama dengan kekasih hatinya, Anis Al Idrus. Pasangan kekasih ini telah memakai pakaian menyerupai angkatan tentera siap dengan pingat sekali. Sesuai dengan kemenangannya dalam kategori online Artis Paling Kontroversi, fesyen Sharnaaz tersebut telah menimbulkan kemarahan sesetengah pihak.

sharnaaz ahmad

Seperti yang kita ketahui, pakaian beragam untuk pasukan polis dan tentera di Malaysia ini memang merupakan perkara sensitif. Tidak boleh dipakai sesuka hati lebih-lebih lagi jika ada pingat dan selempang merah. Namun Sharnaaz telah pun tampil di akaun Instagramnya memohon maaf dan memaklumkan ia adalah sekadar kostum. Tulis Sharnaaz:-

Costume by @coloursbyfaiesh. Sekadar costume ya jgn ada pihak yg tersinggung.. Kalau pun ada, harap dimaafkan.
Dan Alhamdulillah saya menang untuk ketegory ganas!! Ahhahaha tq so much abp and bh.. Till next year jemput lah saya lagi insyaAllah.. Salam sayang buat @arm07_ yang dicintai!!

sharnaaz ahmad

Mungkin di masa hadapan Sharnaaz boleh lebih berhati-hati. Banyak lagi fesyen lain yang boleh diketengahkan. Apa pun, kostum Sharnaaz dan kekasihnya memang smart semalam. Kedua-duanya memang nampak sama cantik dan sama padan. Apa kata anda?