Written by AbangNara | August 16th, 2015

Tiada insan di dunia ini yang mahu berkahwin banyak kali namun jodoh sememangnya di tangan Tuhan. Pernah gagal dalam 2 perkahwinannya sebelum ini, Abby Abadi telah selamat bergelar isteri kepada Muhammad Faizal Zakaria pada hari Jumaat yang lalu dengan sekali lafaz. Abby telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al Quran sebagai pengganti wang hantaran.

abby abadi kahwin lagi

Kini berusia 38 tahun, Abby Abadi berharap agar perkahwinannya kali ini adalah perkahwinan kali terakhir dan kekal sehingga ke syurga. Abby dan Faizal mengambil keputusan untuk berkahwin segera bagi mengelakkan fitnah. Kata Abby:-

Biarpun sudah mengenali suami sejak 2012 tetapi kami tidak rapat dan hanya kembali berhubung akhir tahun lalu. Bagaimanapun kami membuat keputusan untuk segera berkahwin kerana ingin mengelak fitnah dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Paling penting dia (Faizal) terima saya seadanya dan seperti pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan akan berkekalan sehingga ke syurga.

abby abadi kahwin lagi

Abang Nara doakan agar perkahwinan kali ini kekal sehingga akhir hayat buat Abby dan Faizal. Kalau gaduh-gaduh sikit itu diharap dapat selesaikan secara baik. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Semoga turut sama dikurniakan cahaya mata untuk mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Tahniah dan selamat pengantin baru. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Mstar Online.

 
Written by AbangNara | June 10th, 2014

Nampaknya harapan untuk Abby Abadi dan bekas suaminya, Farhan rujuk semula telah pun kabur sekabur-kaburnya. Tidak kesampaian sehingga ke akhir hayat nampaknya jodoh mereka berdua. Hanya keajaiban sahaja yang boleh menyatukan mereka kembali. Itulah kata-kata yang diluahkan oleh Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
abby abadiSedih memang sedih namun inilah kenyataan yang harus dihadapi oleh Abby Abadi. Berkongsi gambar di atas yang dilukis oleh salah seorang anaknya, Abby menulis:-

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu…………… (Dania lukisss) Tak terjawab dah soalan2 dari Anak3. Macamana? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Tak rinduuuu ker? Huhu.. ALLAH je tahu……

Sy terbaca 2org kawan dalam insta ni mimpi Abi balik berbaik balik dgn Sy….. sampai termimpi2 yg tak tahan tu… Sy langsung takde mimpi apa2… tidur mati! Hehe… Dania pun cakap tadi yg dia mimpi Abinya…. mmmmmmmmmm……..

Beginilah Sahabat2ku, Sy dpt rasakan yg dia lebih bahagia diluar sana…. & Sy sudah tidak meletakkan apa2 harapan lagi…… Apa yg Sy buleh katakan, kalau berbaik memang ‘keajaiban’berlaku…….. Jika sebaliknya, ALLAH lebih mengetahui apa yg diatur utk Sy… Sy redha.#JomIstighfar Kita hamba yg berdosa……..

abby abadi

Sesungguhnya keajaiban itu memang boleh berlaku. Banyak-banyakkanlah berdoa. Mana tahu hati Farhan terbuka balik untuk menerima Abby sebagai isterinya kembali. Itulah rasanya penamat yang terbaik untuk keluarga ini. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Bihun cap Bangla.. Cuba tengok anda makan ke tak bihun nie

Written by AbangNara | May 23rd, 2014

Selepas berkongsi bayangan mengenai keretakan rumah tangganya di laman sosial, ramai yang mahukan Abby Abadi mengesahkan sendiri status perkahwinannya dengan Farhan. Berkata menerusi Harian Metro hari ini, Abby Abadi enggan memberikan sebarang komen dan memaklumkan yang kehidupannya berjalan seperti biasa. Adakah ini satu berita baik atau berita buruk? Hanya Abby sahaja yang tahu.
abby abadiKata Abby Abadi:-

Tak ada apa nak cakap buat masa ini. Minta maaf, buat masa ini, saya tak ada apa-apa nak kongsi dulu. Tunggu nanti apabila saya sedia dan kalau ada apa-apa perkembangan saya sendiri akan beritahu. Tak ada apa nak komen dulu. Cukuplah saya katakan, kehidupan berjalan seperti biasa.

abby abadi

Sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Abby Abadi dan Farhan akan pulih seperti biasa. Agak rugi sekiranya perkahwinan kedua ini juga berakhir dengan penceraian. Semoga ada jalan penyelesaian dan persefahaman dapat dicari semula antara pasangan ini. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan mereka.

P.S: 8 restoran terbaik dengan makanan aneh

Written by AbangNara | May 19th, 2014

Amboi ayat dilanda badai tue. Hehehe. Sekali sekala nampak puitis apa salahnya kan? Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Berkahwin dengan Farhan pada bulan Julai tahun lalu, Abby Abadi kini memberi bayangan mengenai keretakan rumah tangganya menerusi akaun Instagram baru-baru ini. Adakah sekali lagi Abby Abadi akan menemui kegagalan dalam perkahwinan?
abby abadi cerai lagiSecara jujur, Abang Nara tak gemar berkongsi masalah-masalah perkahwinan di media sosial. Masalah suami isteri selesaikanlah sesama sendiri. Bukannya dikongsi dengan orang lain. Berkongsi gambar di atas, Abby telah menulis caption:-

Dari awal kenal……. beli cincin……. uruskan pernikahan…. nikah……. saat2 indah…. dugaan bersilih ganti…… ujian datang & pergi………. Akhirnya….. Mohon doa kalian………..Doakan yg terbaik utk kami….Untuk yg terakhir kali…????

Malah dalam ruangan komen, Abby Abadi juga turut menulis “peluang yang terakhir” seolah-olah membayangkan rumah tangganya sudah berada di hujung tanduk.

abby abadi cerai lagi

Nasihat Abang Nara, kalau tulis di laman sosial, masalah tak akan selesai. Ambillah pengajaran daripada kisah Fiza dan Adam yang salah satu punca penceraian ialah Instagram. Lebih baik duduk bersemuka, bincangkan masalah dan cari jalan penyelesaian. Kongsi di media sosial ini buat tambah masalah je. Tak gitu? Apa pendapat anda?

P.S: Nissan Teana 2014 sedia untuk ditempah