Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Dapat Rasakan Farhan Lebih Bahagia Di Luar Sana – Abby Abadi

Nampaknya harapan untuk Abby Abadi dan bekas suaminya, Farhan rujuk semula telah pun kabur sekabur-kaburnya. Tidak kesampaian sehingga ke akhir hayat nampaknya jodoh mereka berdua. Hanya keajaiban sahaja yang boleh menyatukan mereka kembali. Itulah kata-kata yang diluahkan oleh Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
abby abadiSedih memang sedih namun inilah kenyataan yang harus dihadapi oleh Abby Abadi. Berkongsi gambar di atas yang dilukis oleh salah seorang anaknya, Abby menulis:-

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu…………… (Dania lukisss) Tak terjawab dah soalan2 dari Anak3. Macamana? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Tak rinduuuu ker? Huhu.. ALLAH je tahu……

Advertisement

Sy terbaca 2org kawan dalam insta ni mimpi Abi balik berbaik balik dgn Sy….. sampai termimpi2 yg tak tahan tu… Sy langsung takde mimpi apa2… tidur mati! Hehe… Dania pun cakap tadi yg dia mimpi Abinya…. mmmmmmmmmm……..

Beginilah Sahabat2ku, Sy dpt rasakan yg dia lebih bahagia diluar sana…. & Sy sudah tidak meletakkan apa2 harapan lagi…… Apa yg Sy buleh katakan, kalau berbaik memang ‘keajaiban’berlaku…….. Jika sebaliknya, ALLAH lebih mengetahui apa yg diatur utk Sy… Sy redha.#JomIstighfar Kita hamba yg berdosa……..

abby abadi

Sesungguhnya keajaiban itu memang boleh berlaku. Banyak-banyakkanlah berdoa. Mana tahu hati Farhan terbuka balik untuk menerima Abby sebagai isterinya kembali. Itulah rasanya penamat yang terbaik untuk keluarga ini. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Bihun cap Bangla.. Cuba tengok anda makan ke tak bihun nie

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top