Semoga Ini Perkahwinan Terakhir & Kekal Sehingga Ke Syurga – Abby Abadi

Hiburan

Semoga Ini Perkahwinan Terakhir & Kekal Sehingga Ke Syurga – Abby Abadi

Tiada insan di dunia ini yang mahu berkahwin banyak kali namun jodoh sememangnya di tangan Tuhan. Pernah gagal dalam 2 perkahwinannya sebelum ini, Abby Abadi telah selamat bergelar isteri kepada Muhammad Faizal Zakaria pada hari Jumaat yang lalu dengan sekali lafaz. Abby telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al Quran sebagai pengganti wang hantaran.

abby abadi kahwin lagi

Advertisement

Kini berusia 38 tahun, Abby Abadi berharap agar perkahwinannya kali ini adalah perkahwinan kali terakhir dan kekal sehingga ke syurga. Abby dan Faizal mengambil keputusan untuk berkahwin segera bagi mengelakkan fitnah. Kata Abby:-

Biarpun sudah mengenali suami sejak 2012 tetapi kami tidak rapat dan hanya kembali berhubung akhir tahun lalu. Bagaimanapun kami membuat keputusan untuk segera berkahwin kerana ingin mengelak fitnah dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Paling penting dia (Faizal) terima saya seadanya dan seperti pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan akan berkekalan sehingga ke syurga.

abby abadi kahwin lagi

Abang Nara doakan agar perkahwinan kali ini kekal sehingga akhir hayat buat Abby dan Faizal. Kalau gaduh-gaduh sikit itu diharap dapat selesaikan secara baik. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Semoga turut sama dikurniakan cahaya mata untuk mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Tahniah dan selamat pengantin baru. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Mstar Online.


abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi
abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...