June 23rd, 2018

Walaupun dikecam gara-gara kontroversi dirinya berkahwin secara rahsia bersama pemuzik Ude Wahid yang ketika itu masih bergelar suami orang, pelakon Izreen Azminda nampaknya sudah ‘move on’ meskipun sesetengah masyarakat masih lagi melabel beliau sebagai perampas.

Selepas tiga tahun menyambut hari raya secara solo, Izreen akui Syawal kali ini paling indah dan bermakna dalam hidupnya dengan kehadiran suami tercinta. Tahun ini, Izreen kembali merasa keseronokkan membuat persiapan dan membeli-belah untuk Aidilfitri.

Syawal kali ini amat bermakna dalam hidup saya. Kebiasaannya, saya meraikan Aidilfitri bersama anak, Muhammad Adrian Umar secara sederhana memandangkan kami hanya berdua. Bagaimanapun, kehadiran Ude dalam hidup kami mengubah rutin kebiasaan saya. Jika dulu, tiada siapa menemani saya membeli-belah dan hanya seorang diri memikirkan pesiapan raya.

Izreen juga memberitahu anak-anak tirinya beraya besama ibu mereka, Intan Liana pada tahun ini seperti yang dijanjikan. Menurut Izreen, Ude sebenarnya sempat beraya dengan anak-anaknya, Arish dan Ariq.

Saya faham perasaan Ude, tentu ada sekelumit perasaan seidh, lebih-lebih lagi kali pertama meraikan Syawal berjauhan dengan anaknya. Namun, Ude tenang saja. Sebelum kami pulang ke kampung, Ude sudah membawa anak-anaknya beraya terlebih dulu.

Kenyataan Izreen sekaligus menafikan suaminya itu mengabaikan anak-anaknya bersama Intan Liana seperti yang didakwa oleh netizen.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

June 22nd, 2018

Tidak mudah untuk menggalas gelaran dan tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal, Intan Liana Salleh ada terasa sebak di dalam hati kerana  pertama kali menyambut Aidilfitri  tanpa kehadiran seorang lelaki bernama suami selepas bercerai dengan pemuzik, Ude Wahid baru-baru ini  setelah lima tahun mendirikan rumah tangga.

Namun, beliau tetap mengukir senyuman disebalik deritanya dan tetap menyambut hari raya bersama dua orang anak lelakinya, Arish Muqri dan Ariq Muqri di Muar, Johor iaitu di rumah keluarga Intan.

Dikala ramai yang bersimpati dengan nasib Intan, pelakon Izreen Azminda pula pada masa yang sama memuat naik foto beliau seronok didukung oleh suaminya, Ude.

Tindakan Izreen itu mengundang kecaman netizen yang rata-rata menyampah dengan sikap Izreen yang tidak menjaga hati bekas madunya dan dianggap terlalu ingin menayang kebahagiaannya.

Bahagia dan rasa seronok yang dirasai dalam rumah tangga ada kalanya lebih baik menjadi rahsia ataupun kenangan peribadi antara suami isteri sahaja agar tidak mengundang sebarang fitnah ataupun membuat hati orang lain tersinggung.