December 13th, 2015

Tentu anda semua masih ingat lagi akan pendedahan seorang aktres baharu iaitu Fara Mendonza yang mendakwa Fizz Fairuz cuba untuk menggoda dirinya menerusi satu perbualan melalui aplikasi WeChat. Boleh dikatakan ia merupakan kontroversi yang cukup hangat diperkatakan sehingga kini.

Dikala seorang isteri pasti akan merasa marah dan sedih mendengar berita tentang kecurangan suaminya, Almy Nadia bagaimanapun tidak cepat melatah dan cukup tenang menjawab segala persoalan berhubung isu hangat itu.

Buat Almy, beliau meletakkan kepercayaan kepada suaminya terlebih dahulu dan tidak mahu mendengar sebarang percakapan orang luar.

Orang tengok saya sabar, sebenarnya apa yang berlaku saya cuba untuk tidak mendengar kata orang. Sebab orang akan bercakap macam-macam, tetapi bila kita berada dalam kesusahan, mereka tidak akan berada di situ yang akhirnya kita sahaja yang akan hadap.

Sebab itu saya tidak mahu dengar kata-kata orang, selain kata suami. Kita kenal suami kita macam mana. Kenapa saya perlu meletakkan rumah tangga dalam keadaan goyah sebab orang lain juga?.

Almy mengakui ada terasa sedikit sakit hati ketika mengetahui gosip melibatkan suaminya itu tetapi beliau memilih untuk berbincang mengenai perkara tersebut bersama Fizz sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenainya.

Kalau ikut rasa hati, semuanya juga akan kucar-kacir. Tetapi saya kekal dengan prinsip untuk menimbang perkara ini dengan perasaan paling tenang. Saya tidak mahu terus melayan perkara yang tidak menguntungkan kami. Kalau mahu teruskan menjadikan perkara ini panjang dan terus bermasalah, memang boleh buat, tetapi saya fikirkan soal maruah orang lain.

Normal sebenarnya sebagai isteri kita akan sakit hati kalau perkara sebegini timbul. Malah sewaktu berbincang dengan suami juga, sukar mahu digambarkan keadaan saya ketika itu. Sebab itu kalau boleh para isteri di luar sana, percayakan suami dahulu bukan orang luar. Dan saya, saya sepenuhnya percaya bahawa suami sendiri.

Bukan semua wanita mampu untuk menghadapi perkara seperti ini dengan tenang. Kami percaya Almy sudah banyak belajar daripada pengalaman sewaktu beliau bercinta dengan Fizz dahulu dan ia membuatkan beliau lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Dugaan  dalam berumah tangga itu banyak apatalah lagi jika bergelar artis.

Sumber Berita: Utusan Online

August 11th, 2015

Setelah dihimpit pelbagai macam soalan Fizz Fairuz telah tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung isu beliau menggoda aktres Fara Mendoza menerusi WeChat dan mengakui tidak pernah kenal dengan wanita berkenaan.

Terbaru, Fara Mendoza menerusi Berita Harian merasa sangat terkejut apabila Fizz mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan beliau mempunyai bukti yang kuat mengatakan aktor tersebut mengganggu beliau.

Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya. Saya ada bukti perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai menafikan perkara yang benar. Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya ini tak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka. Saya juga tak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat hingga menjadi besar sebegini.

Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu supaya dia (Fizz) jangan ganggu saya lagi. Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu disimpan dan disebarkan. Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat yang sudah sabotaj kami

farah mendozaSekarang ini tidak tahu siapa yang salah ataupun siapa yang berada di pihak yang benar. Masing-masing sudah muncul dengan pengakuan dan penafian. Apa-apapun perkara ini harus di siasat dengan terperinci agar ia tidak berpanjangan. Kesian pada Almy Nadia yang turut sama terpalit dalam kontroversi ini selaku isteri Fizz Fairuz. Sumber Berita: Berita Harian

August 11th, 2015

Susulan daripada kes beliau didakwa menggoda seorang pelakon wanita baharu Fara Mendoza, Fizz Fairuz telah tampil membuat penjelasan lanjut bagi menjernihkan keadaan. Menerusi akhbar Berita Harian, Fizz menegaskan beliau sama sekali tidak mengenali wanita berkenaan.

Walaubagaimanapun, Fizz tidak menafikan beliau mempunyai akaun WeChat tetapi akaun tersebut yang didedahkan oleh Fara itu bukan miliknya selain menyatakan beliau tidak ada apa yang hendak disembunyikan.

Saya memang tak ada kena mengena dan jauh sekali mengenali wanita itu. Cerita itu memang tak munasabah langsung. Cuma saya kurang pasti apa motif dia buat begitu. Zaman sekarang memang siapa sahaja boleh mewujudkan akaun aplikasi sosial palsu. Kalau nak cerita diri saya sendiri dahulu memang saya jahat dan nakal tetapi kini dengan status sekarang tak perlulah nak cuba memporak-perandakan hidup saya.

Kalau saya nak buat jahat sudah lama saya lakukan. Tapi niat saya saya berkawan itu perkara normal. Mulut saya sendiri ramai yang orang tahu jenis cakap lepas dan jahat. Saya sudah ada isteri dan anak, tak payahlah kot nak mereka cerita sebegini. Saya juga tak kisah orang nak kata dan pandang apa kepada saya. Memang ada yang tak kena mengena pun cuba nak mewujudkan unsur provokasi bukan bukan apabila timbul isu sebegini.

Kalau saya buat salah, tak mungkin saya akan sewenang-wenangnya angkat panggilan telefon wartawan. Jadi memang tak ada apa yang nak saya sembunyikan.

Nama Fizz menjadi topik hangat hari ini di media sosial apabila Fara mula mendedahkan perbualan beliau dan Fizz di aplikasi WeChat dimana aktor tersebut bersifat nakal memuji kemantapan susuk tubuh pelakon wanita itu dan berjanji untuk membelikan Fara beg tangan berjenama.

Fizz Fairuz pun sudah tampil memberikan keterangan bahawa beliau tidak bersalah, tetapi bukan main confident lagi Fara Mendoza mendakwa lelaki itu Fizz. Adakah ini salah satu cara untuk pelakon baharu ini mencari publisiti murahan agar nama beliau meningkat naik?

Sumber Berita: Berita Harian

August 11th, 2015

Kami rasa kalau sesetengah isteri, apabila ada sahaja perempuan yang mendedahkan suami mereka curang pasti isteri tersebut akan naik berang, tetapi buat Almy Nadia beliau agak susah untuk menerima segala perkara negatif dan meminta agar isu suami beliau menggoda seorang pelakon wanita, Fara Mendoza menerusi aplikasi WeChat diselidik terlebih dahulu.

Buat Almy, di zaman berteknologi tinggi kini, bermacam-macam cara  seseorang itu boleh lakukan untuk menjatuhkan maruah orang lain. Iyalah, ini bukan kali pertama artis terlibat dengan kontroversi seperti ini. Sebelum  ini pasangan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah turut dihimpit kontroversi  atas kes yang sama juga.

Saya hanya tergelak apabila membaca cerita itu. Saya nak buat apa setakat ini kerana selagi suami tidak menjelaskan perkara sebenar… saya tak boleh beri komen lebih. Tapi kita tak boleh cepat buat kesimpulan dalam hal sebegini kerana dunia teknologi sekarang memungkinkan apa sahaja terjadi untuk menjatuhkan maruah mahupun memporak-porandakan hidup orang.

Setelah berita Fizz menggoda dan memuji bentuk badan Fara menjadi viral, pihak media tidak putus menghubungi beliau untuk mengetahui cerita sebenar.

Sejak zaman dahulu, sampai sekarang saya sudah ada anak pun…memang kalau ada isu membabitkan Fizz, saya juga yang akan terpalit dan dicari. Sejujurnya saya tak boleh nak komen banyak kerana sebaik-baiknya tanyalah Fizz dulu.

Selidik dulu, cari perempuan berkenaan dan tanyalah sesiapa yang berkait rapat dengan isu ini termasuk Fizz sendiri. Apa yang saya tahu Fizz tengah tidur di rumah kerana keletihan menjalani penggambaran filem Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Michael Ang di samping Syarul Ridzwan, Abam Bocey dan Emma Maembong,

fizz fairuzSebagai seorang isteri, mereka telah meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap suami tercinta. Kami harap selepas ini Fizz Fairuz tampil menceritakan hal yang sebenar agar peminat tidak lagi membuat spekulasi. Berani kerana benar.

Sumber Berita: Berita Harian