December 13th, 2015

Tentu anda semua masih ingat lagi akan pendedahan seorang aktres baharu iaitu Fara Mendonza yang mendakwa Fizz Fairuz cuba untuk menggoda dirinya menerusi satu perbualan melalui aplikasi WeChat. Boleh dikatakan ia merupakan kontroversi yang cukup hangat diperkatakan sehingga kini.

Dikala seorang isteri pasti akan merasa marah dan sedih mendengar berita tentang kecurangan suaminya, Almy Nadia bagaimanapun tidak cepat melatah dan cukup tenang menjawab segala persoalan berhubung isu hangat itu.

Buat Almy, beliau meletakkan kepercayaan kepada suaminya terlebih dahulu dan tidak mahu mendengar sebarang percakapan orang luar.

Orang tengok saya sabar, sebenarnya apa yang berlaku saya cuba untuk tidak mendengar kata orang. Sebab orang akan bercakap macam-macam, tetapi bila kita berada dalam kesusahan, mereka tidak akan berada di situ yang akhirnya kita sahaja yang akan hadap.

Sebab itu saya tidak mahu dengar kata-kata orang, selain kata suami. Kita kenal suami kita macam mana. Kenapa saya perlu meletakkan rumah tangga dalam keadaan goyah sebab orang lain juga?.

Almy mengakui ada terasa sedikit sakit hati ketika mengetahui gosip melibatkan suaminya itu tetapi beliau memilih untuk berbincang mengenai perkara tersebut bersama Fizz sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenainya.

Kalau ikut rasa hati, semuanya juga akan kucar-kacir. Tetapi saya kekal dengan prinsip untuk menimbang perkara ini dengan perasaan paling tenang. Saya tidak mahu terus melayan perkara yang tidak menguntungkan kami. Kalau mahu teruskan menjadikan perkara ini panjang dan terus bermasalah, memang boleh buat, tetapi saya fikirkan soal maruah orang lain.

Normal sebenarnya sebagai isteri kita akan sakit hati kalau perkara sebegini timbul. Malah sewaktu berbincang dengan suami juga, sukar mahu digambarkan keadaan saya ketika itu. Sebab itu kalau boleh para isteri di luar sana, percayakan suami dahulu bukan orang luar. Dan saya, saya sepenuhnya percaya bahawa suami sendiri.

Bukan semua wanita mampu untuk menghadapi perkara seperti ini dengan tenang. Kami percaya Almy sudah banyak belajar daripada pengalaman sewaktu beliau bercinta dengan Fizz dahulu dan ia membuatkan beliau lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Dugaan  dalam berumah tangga itu banyak apatalah lagi jika bergelar artis.

Sumber Berita: Utusan Online


Comments are closed.

Loading...