August 11th, 2015

Kami rasa kalau sesetengah isteri, apabila ada sahaja perempuan yang mendedahkan suami mereka curang pasti isteri tersebut akan naik berang, tetapi buat Almy Nadia beliau agak susah untuk menerima segala perkara negatif dan meminta agar isu suami beliau menggoda seorang pelakon wanita, Fara Mendoza menerusi aplikasi WeChat diselidik terlebih dahulu.

Buat Almy, di zaman berteknologi tinggi kini, bermacam-macam cara  seseorang itu boleh lakukan untuk menjatuhkan maruah orang lain. Iyalah, ini bukan kali pertama artis terlibat dengan kontroversi seperti ini. Sebelum  ini pasangan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah turut dihimpit kontroversi  atas kes yang sama juga.

Saya hanya tergelak apabila membaca cerita itu. Saya nak buat apa setakat ini kerana selagi suami tidak menjelaskan perkara sebenar… saya tak boleh beri komen lebih. Tapi kita tak boleh cepat buat kesimpulan dalam hal sebegini kerana dunia teknologi sekarang memungkinkan apa sahaja terjadi untuk menjatuhkan maruah mahupun memporak-porandakan hidup orang.

Setelah berita Fizz menggoda dan memuji bentuk badan Fara menjadi viral, pihak media tidak putus menghubungi beliau untuk mengetahui cerita sebenar.

Sejak zaman dahulu, sampai sekarang saya sudah ada anak pun…memang kalau ada isu membabitkan Fizz, saya juga yang akan terpalit dan dicari. Sejujurnya saya tak boleh nak komen banyak kerana sebaik-baiknya tanyalah Fizz dulu.

Selidik dulu, cari perempuan berkenaan dan tanyalah sesiapa yang berkait rapat dengan isu ini termasuk Fizz sendiri. Apa yang saya tahu Fizz tengah tidur di rumah kerana keletihan menjalani penggambaran filem Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Michael Ang di samping Syarul Ridzwan, Abam Bocey dan Emma Maembong,

fizz fairuzSebagai seorang isteri, mereka telah meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap suami tercinta. Kami harap selepas ini Fizz Fairuz tampil menceritakan hal yang sebenar agar peminat tidak lagi membuat spekulasi. Berani kerana benar.

Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...