June 16th, 2020

Tindakan pelakon Azar Azmi menggunakan panggilan manja “life partner” dalam satu kapsyen yang dimuat naik di laman Instagram semalam menimbulkan tanda tanya ramai pihak berkenaan status hubungannya bersama Fizo Omar.

fizo omar azar azmi bercinta

Bagaimanapun apabila diminta mengulas lanjut berkenaan foto yang mempamerkan aksi kedua-dua pelakon ini bagai berpelukan, Fizo menyatakan panggilan itu hanyalah sekadar usikan buat teman rapat yang mempunyai minat yang sama. Tambah Fizo lagi, mereka hanyalah sekadar kawan baik sahaja dan tiada hubungan istimewa seperti yang dikecohkan oleh netizen.

Menurut Fizo, sebelum ini Azar dikhabarkan mahu cuba melakukan aktiviti motosikal lasak bagi merasai pengalaman aktiviti terbabit. Rentetan daripada itu, Fizo yang juga bekas suami kepada usahawan tudung terkemuka Malaysia Mawar Karim, hanya membawa wanita itu ke lokasi untuk melakukan aktiviti yang dimaksudkan tadi.

fizo omar azar azmi bercinta

“Dia mahu cuba sertai aktiviti motosikal lasak sebab sudah lama teringin. Jadi, saya bawalah. Kami dapat lakukan aktiviti yang diminati, sekali gus dia pun mula suka.”

Meskipun timbul pelbagai salah faham berkenaan hubungan mereka, Fizo masih tetap menghargai komen positif yang dilemparkan warganet kepada mereka.

Malah mengakui dirinya hanya menganggap Azar sebagai kawan baik dan masih terlalu awal untuk mereka menjalinkan hubungan yang lebih serius buat masa ini.

fizo omar azar azmi bercinta

Terdahulu, hilang keserasian menjadi alasan dan punca rumah tangga Fizo dan Mawar yang dibina selama enam tahun gagal diselamatkan.

Untuk rekod, Fizo telah mendirikan rumah tangga bersama Mawar pada November 2013 namun telah disahkan bercerai pada tahun lalu. Menerusi perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Wan Maryam.

Sumber: Harian Metro

March 27th, 2012

Lama tak mendengar cerita tentang salah seorang jejaka kacak di dunia hiburan Malaysia iaitu Fizo Omar. Selalu kalau ada cerita mengenai Fizo pun time puasa dan raya. Sebabnya tak lain tak bukan kerana Fizo kan ada jual serunding Fizo Omar yang sungguh lazat. Jarang sungguh kita mendengar gosip percintaan Fizo Omar ini. Namun sebentar tadi Abang Nara ada menerima satu email yang mengepilkan 2 gambar Fizo Omar bersama Diana Nasir.

fizo omar dan diana nasir

Untuk makluman, Diana Nasir adalah kakak kepada Anzalna Nasir, salah seorang peserta Dewi Remaja yang semakin popular sekarang ini. Abang Nara tengok Fizo dan Diana ini memang sama cantik sama padan. Namun tak tahulah pulak apa hubungan mereka berdua. Mungkin sekadar kawan.

fizo omar dan diana nasir

Namun Abang Nara dapat rasakan aura percintaan apabila membaca tweet-tweet Diana Nasir. Antara contohnya seperti di bawah:-

fizo omar dan diana nasir

Mungkin tanda “love” di atas adalah sekadar suka-suka. Maklumlah dunia twitter kan banyak dengan perkara yang agak mengarut. Namun bagi Abang Nara tak salah pun kalau Fizo betul-betul bercinta dengan Diana Nasir. Sampai bila nak membujang kan? Tak gitu?