Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Siapakah Diana Nasir Di Hati Fizo Omar?

Lama tak mendengar cerita tentang salah seorang jejaka kacak di dunia hiburan Malaysia iaitu Fizo Omar. Selalu kalau ada cerita mengenai Fizo pun time puasa dan raya. Sebabnya tak lain tak bukan kerana Fizo kan ada jual serunding Fizo Omar yang sungguh lazat. Jarang sungguh kita mendengar gosip percintaan Fizo Omar ini. Namun sebentar tadi Abang Nara ada menerima satu email yang mengepilkan 2 gambar Fizo Omar bersama Diana Nasir.

fizo omar dan diana nasir

Advertisement

Untuk makluman, Diana Nasir adalah kakak kepada Anzalna Nasir, salah seorang peserta Dewi Remaja yang semakin popular sekarang ini. Abang Nara tengok Fizo dan Diana ini memang sama cantik sama padan. Namun tak tahulah pulak apa hubungan mereka berdua. Mungkin sekadar kawan.

fizo omar dan diana nasir

Namun Abang Nara dapat rasakan aura percintaan apabila membaca tweet-tweet Diana Nasir. Antara contohnya seperti di bawah:-

fizo omar dan diana nasir

Mungkin tanda “love” di atas adalah sekadar suka-suka. Maklumlah dunia twitter kan banyak dengan perkara yang agak mengarut. Namun bagi Abang Nara tak salah pun kalau Fizo betul-betul bercinta dengan Diana Nasir. Sampai bila nak membujang kan? Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

235 Comments

  1. wateva

    May 7, 2012 at 2:31 am

    ishhh…si diana ni dh kwin ngan mat saleh ler… tak tahu status dia camne skang ni.. still wife mamat tu or not…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top