Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fizo Omar Dedah Hubungan Dengan Azar Azmi Hanya Sekadar Kawan Baik

fizo omar azar azmi bercinta

Tindakan pelakon Azar Azmi menggunakan panggilan manja “life partner” dalam satu kapsyen yang dimuat naik di laman Instagram semalam menimbulkan tanda tanya ramai pihak berkenaan status hubungannya bersama Fizo Omar.

fizo omar azar azmi bercinta

Advertisement

Bagaimanapun apabila diminta mengulas lanjut berkenaan foto yang mempamerkan aksi kedua-dua pelakon ini bagai berpelukan, Fizo menyatakan panggilan itu hanyalah sekadar usikan buat teman rapat yang mempunyai minat yang sama. Tambah Fizo lagi, mereka hanyalah sekadar kawan baik sahaja dan tiada hubungan istimewa seperti yang dikecohkan oleh netizen.

Menurut Fizo, sebelum ini Azar dikhabarkan mahu cuba melakukan aktiviti motosikal lasak bagi merasai pengalaman aktiviti terbabit. Rentetan daripada itu, Fizo yang juga bekas suami kepada usahawan tudung terkemuka Malaysia Mawar Karim, hanya membawa wanita itu ke lokasi untuk melakukan aktiviti yang dimaksudkan tadi.

fizo omar azar azmi bercinta

“Dia mahu cuba sertai aktiviti motosikal lasak sebab sudah lama teringin. Jadi, saya bawalah. Kami dapat lakukan aktiviti yang diminati, sekali gus dia pun mula suka.”

Meskipun timbul pelbagai salah faham berkenaan hubungan mereka, Fizo masih tetap menghargai komen positif yang dilemparkan warganet kepada mereka.

Advertisement

Malah mengakui dirinya hanya menganggap Azar sebagai kawan baik dan masih terlalu awal untuk mereka menjalinkan hubungan yang lebih serius buat masa ini.

fizo omar azar azmi bercinta

Terdahulu, hilang keserasian menjadi alasan dan punca rumah tangga Fizo dan Mawar yang dibina selama enam tahun gagal diselamatkan.

Untuk rekod, Fizo telah mendirikan rumah tangga bersama Mawar pada November 2013 namun telah disahkan bercerai pada tahun lalu. Menerusi perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Wan Maryam.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. tiadanama

    June 18, 2020 at 3:00 pm

    macam syok sendiri je azar ni.. haha

  2. Anonymous

    June 17, 2020 at 12:15 pm

    Mmg tak lawa pon, muka biasa je. asik buat muka gaya nak goda jantan memanjang. sekali kena friendzone dgn Fizo

    • Anonymous

      June 17, 2020 at 4:20 pm

      Jantan haprak tak dak faedah ni pon kau nak azar ,so low youu

  3. Anonymous

    June 17, 2020 at 8:31 am

    Tak lawa minah ni

    • Anonymous

      June 17, 2020 at 9:07 am

      Muka ko tu lawa sgt ke makcik bawang.nak nilai muka org cantik ke tidak.x cantik pada manusia mcm ko,cantik di mata Allah s.w.t sbb tu adalah ciptaannya.tlg jaga skit mulut ko tu nk mengata org lain.cermin diri tu sikit.

    • betul le

      June 17, 2020 at 1:17 pm

      haah muka tajam. sesuai watak jahat2

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top