October 29th, 2019

Selepas berpisah, Mawar Karim dan Fizo Omar membuat keputusan untuk menutup perniagaan mereka yang dikenali sebagai Fizo Mawar Kitchen. Pun begitu, timbul pula khabar angin di mana restoran itu akan dibuka semula dan diberi penjenamaan baru.

Fizo juga kelihatan bersungguh-sungguh untuk menjadikan perkara itu sebagai satu kenyataan menerusi beberapa temu bual yang dilakukannya sebelum ini. Walaubagaimanpun, berita itu nampaknya hanya angan-angan sahaja kerana Mawar Karim telah tampil dan menafikan perkara tersebut dan menyatakan bahawa penutupan Fizo Mawar Kitchen adalah muktamad.

View this post on Instagram

 

Salam semua. Pertama sy ingin mengucapkan terima kasih yg tak terhingga khususnya buat pelanggan yg sentiasa supports FMK selama ini. Hari ini adalah hari terakhir operasi FMK. Menjadi 1001 kenangan selepas ini. Ini hg gambar terakhir kami bertiga di FMK Rata2 sy mendapat feedback memberi pendapat ‘rebranding’ restaurant ini. Sy dan Fizo mempunyai alasan yg sngt personal. Terima kasih kalian yg sangat memahami situasi kami. Di sini jgk terlalu peribadi utk sy ceritakan berapa ‘modal / pelaburan yg telah sy dan Fizo keluarkan’, ‘keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung sy terima selama 4 tahun FMK.’ Mari kita doakan Semoga Fizo dapat terus kan usaha dalam F&B selepas ini, kerana minat beliau dlm bidang ini sangat mendalam. Diharap kan sangat lepas ini tiada lg cerita dari mana2 pihak especially yg ada ‘kaitan’ antara sy atau Fizo mengeluarkan status /cerita di media sosial yg ‘konon tahu cerita ‘sekaligus akan menimbulkan ‘pelbagai tanggapan dari pihak ramai’. Tidak perlu la ‘orang terdekat’ mencampuri urusan sy dan Fizo. Anda hanya melihat,mendengar tetapi sy dan Fizo shj yg tahu perkara /merasa perkara yg sebenar berlaku. Erti kata tidak perlu menuang minyak ke dlm api ataupun tidak perlu la menegak benang yg basah. Walaupun kami berdua sudah tiada kaitan lg tapi masih ada amanah tanggungjawab membesar,memberi didikan kepada Maryam. Focus utama adalah Maryam. Maryam pengubat hati sy selama ini . Terima kasih semua sentiasa mendoakan kebaikan. Semoga kita semua sentiasa,diberkati,dipelihara oleh-Nya. . #iniadalahsatu2nyagambarlastkamidifmkdiharapkanjanganpulakadaygtakbolehtidomalamtengokgambarniatausakithatiyatinggalkenangansematamata #ygpastikitaperluberhati2denganmanusiatalambanyakmukamulutdepanmanismacamgulaacah2lemahlembuttuturbahasasopansantuntapibelakangmasinyaampun #takperlugigihsangatstgimulalasampaifakeaccmunculdekatwallacah2taucerita #anggapsajatiadakaitanantarahidupdanmaticumaperingatansemata2 #hashtagkaliniagakpanjangtaktaublhbacakatak ?

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on

Mawar meluahkan perasaannya menerusi satu entri di laman Instagramnya dan turut berharap agar tiada pihak yang cuba menyebarkan cerita sehingga boleh mengeruhkan keadaan.

Diharapkan sangat lepas ini tiada lagi cerita daripada mana-mana pihak terutamanya yang ada kaitan antara saya atau Fizo mengeluarkan status atau cerita di media sosial yang konon tahu cerita.

Tidak perlu orang terdekat mencampuri urusan saya dan Fizo. Anda hanya melihat, mendengar tetapi saya dan Fizo sahaja yang tahu dan merasa perkara yang sebenar.

Erti kata lain, tidak perlu menuang minyak ke dalam api atau jangan menegakkan benang yang basah.

mawar karim bertegas tentang penutupan fizo mawar kitchen

Walaupun ramai peminat yang yang meluahkan rasa kepada Mawar supaya menjenamakan semula Fizo Mawar Kitchen namun usahawan tudung jenama Fareeda ini berkata perkara itu tidak dapat dilaksanakan.

Rata-rata saya mendapat feedback memberi pendapat rebranding restoran ini. Saya dan Fizo mempunyai alasan yang sangat peribadi. Terima kasih kalian yang sangat memahami situasi kami.

Di sini juga terlalu peribadi untuk saya ceritakan berapa modal atau pelaburan yang telah saya dan Fizo keluarkan serta keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung saya terima selama empat tahun FMK.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga khususnya buat pelanggan yang sentiasa menyokong FMK selama ini.

mawar karim bertegas dengan penutupan fizo mawar kitchen

Mawar juga menambah bahawa walaupun dia dan Fizo tidak lagi mempunyai hubungan tetapi mereka masih mempunyai tanggungjawab yang besar bagi membesarkan anak tunggal mereka iaitu Maryam.

Kepada yang masih ingin menikmati juadah di Fizo Mawar Kitchen, bolehlah singgah ke cawangan Bangi atau pun Kota Bharu jika berkesempatan. Restoran ini bakal menamatkan operasinya pada hujung bulan Oktober ini.

Sumber: mStar Online

Advertisement
October 11th, 2019

Selepas pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim sah bercerai, ramai yang mula tertanya tentang hala tuju perniagaan restoran mereka, FizoMawar Kitchen.

fizo omar mawar karim

Setelah mengadakan perbincangan dengan bekas isterinya, Fizo mengesahkan restoran yang diusahakan mereka akan menamatkan operasi pada hujung bulan ini termasuklah cawangan FizoMawar Kitchen di Kota Bharu, Kelantan. Menurutnya, penutupan restoran itu merupakan jalan terbaik selepas mereka berpisah.

Fizo memberitahu restoran itu adalah hadiah dari dia untuk ibunya dan juga Mawar. Menu yang dihidangkan juga adalah makanan kegemaran Mawar.

Sebenarnya berat untuk saya nak umumkan keputusan ini, setelah berfikir dan berbincang dengan Mawar, kami bersetuju untuk tamatkan operasi FizoMawar Kitchen (FMK) cawangan di Bangi, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan.

Banyak kenangan dan usaha dilakukan termasuk wang ringgit tapi ini mungkin jalan terbaik dan saya percaya Allah SWT ada perancangan terbaik buat kami.  Saya nak beritahu FMK akan menamatkan operasi pada 27 Oktober ini.

fizomawar kitchen ditutupFizoMawar Kitchen mula beroperasi sekitar pertengahan Disember 2015 dan menyediakan pelbagai masakan berasaskan Thailand serta juadah dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan sah bercerai talak satu pada 1 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.

Sumber Berita : mStar Online & Facebook Fizo Omar

Advertisement
January 13th, 2016

Fizo Omar nama ini memang hangat juga sekitar minggu lepas kerana seakan tidak boleh menerima kritikan jujur daripada seorang penulis blog mengenai restoran miliknya Fizo Mawar Kitchen.

Namun, cerita itu sudah “dilupakan” apabila Fizo memuat naik foto bersama kapsyen yang seolah-olah menggambarkan bakal menerima orang baharu didalam keluarganya.

ALHAMDULILLAH SYUKUR..Baru sahaja dpt berita gembira.alhamdulillah syukur semakin murah rezki kami.

Terima kasih diatas doa kalian smua.semoga diberkati.insyallah rezeki dariNYA melalui kami utk di kongsi bersama.

Malah, peminat juga sudah mula mengucapkan tahniah kepada Fizo dan Mawar.

Tahniah kepada Fizo dan Mawar jika benar  mereka bakal menjadi ibu dan bapa. Jaga kesihatan serta tingkah laku semasa mengandung dan semoga segala proses kehamilan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Instagram Fizo Omar

Advertisement
January 8th, 2016

Baru-baru ini, Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim telah membuka sebuah restoran yang berkonsepkan makanan Thai dikenali sebagai Fizo Mawar Kitchen yang terletak di Bangi.

Mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada peminat, restoran beliau baru-baru ini telah mendapat ulasan yang kurang memuaskan di sebuah blog tempatan.  Dalam ulasan tersebut, pemilik blog Kisah Emas Putih ada menyatakan perkhidmatan Fizo Mawar Kitchen terlalu lambat dan makanan yang dihidangkan jauh diluar jangkaan beliau

Walaubagaimanapun, ulasan itu membuatkan Fizo Omar kurang selesa dengan cara pemilik blog itu mengkritik restoran miliknya.

Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya.

Fizo juga menjelaskan punca perkhidmatan di restoran beliau agak lambat kerana pekerja tidak menang tangan kerana menerima terlalu ramai pelanggan sejak hari pertama ia dibuka.

Sejak dibuka memang terlalu ramai yang datang sehingga tiada tempat duduk dan pekerja yang pada awalnya hanya 15 orang terus saya tambah menjadi 30 orang.

Saya akui perkhidmatan agak lambat kerana restoran ini baru beroperasi dan kami masih mencari sistem yang terbaik agar semua berjalan lancar. Saya juga minta maaf jika ada yang menunggu hidangan agak lama kerana setiap makanan kami ada prosuder operasi yang perlu diikuti setiap pekerja.

Sudah menjadi satu perkara yang agak viral, pemilik blog tersebut telah tampil memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menjatuhkan perniagaan Fizo.

Erm, pemilik blog itu pun sudah minta maaf jadi tidak perlu panjangkan lagi benda ini. Apa-apapun Fizo Omar harus cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada agar tidak lagi menjadi bahan kritikan orang lain pula.

Sumber Berita: mStar Online

Advertisement