Written by Bella | October 11th, 2019

Selepas pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim sah bercerai, ramai yang mula tertanya tentang hala tuju perniagaan restoran mereka, FizoMawar Kitchen.

fizo omar mawar karim

Setelah mengadakan perbincangan dengan bekas isterinya, Fizo mengesahkan restoran yang diusahakan mereka akan menamatkan operasi pada hujung bulan ini termasuklah cawangan FizoMawar Kitchen di Kota Bharu, Kelantan. Menurutnya, penutupan restoran itu merupakan jalan terbaik selepas mereka berpisah.

Fizo memberitahu restoran itu adalah hadiah dari dia untuk ibunya dan juga Mawar. Menu yang dihidangkan juga adalah makanan kegemaran Mawar.

Sebenarnya berat untuk saya nak umumkan keputusan ini, setelah berfikir dan berbincang dengan Mawar, kami bersetuju untuk tamatkan operasi FizoMawar Kitchen (FMK) cawangan di Bangi, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan.

Banyak kenangan dan usaha dilakukan termasuk wang ringgit tapi ini mungkin jalan terbaik dan saya percaya Allah SWT ada perancangan terbaik buat kami.  Saya nak beritahu FMK akan menamatkan operasi pada 27 Oktober ini.

fizomawar kitchen ditutupFizoMawar Kitchen mula beroperasi sekitar pertengahan Disember 2015 dan menyediakan pelbagai masakan berasaskan Thailand serta juadah dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan sah bercerai talak satu pada 1 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.

Sumber Berita : mStar Online & Facebook Fizo Omar

8 responses to Fizo Omar, Mawar Karim Sepakat Tutup FizoMawar Kitchen

  1. Anonymous says:

    oklah tu..leh cuba bisnes len lak…

  2. Anonymous says:

    SSKJP

  3. Bye2familyhisapdarah says:

    Straight to the point, mawar dah xnak suntik modal ke fm kitchen, full stop. Ala fizo kan bgtau ade duit, share jelh 25% setiap orang dgn adik beradik, rebranding jelh fm kitchen, bg nama makfizo kitchen, kan hari tu waktu mula2 buka ckp ni impian mak fizo.sbb tu mak dia ptg kek.

    For Mawar,bagi aku so classy lah, move foward with confident and xsebut langsung nama ex di ig.

  4. Anonymous says:

    .kalu ikut cerita ..dia ni kan usahawan.ceramah motivasi sana sini…xkan tak berduit nak teruskan bisnes tu..restoren pun dah ada nama…sayangnya tutup..unless mmg bergantung fully pada madam rose utk pam modai n dia mmg pokai..

  5. Anonymous says:

    mawar tu nampak je macam move on, tapi sebenarnya masih bersedih dan masih sayangkan fizo.. tapi tak mengapa la duit lagi penting kannn

  6. Xsukeartis says:

    Xde maknanye, mawar berhak yg lebih baik dari rindukan si lintah

  7. Ahh says:

    Lebih baik lupuskan saja perniagaan ni sebab dua2 share partner… Susah nak uruskan perniagaan JV mcm ni sebab libatkan hati dan perasaan.. Dan kalau Fizo tu takmau lupuskan, Mawar boleh jual share dia kat Fizo… Fizo pulak guna duit tu utk rebanding kedai tu balik buat jadi business family dia saja… Lagi senang…

  8. Mak mertua dari neraka says:

    Anon 12.29… … Bukan duit ..penting ..kau ni mesti budak sekolah rendah ..

    Kau ingat syok ke jaga laki dgn duit kau … Pas tu jaga mak n adik beradik dia sekali …wei bukan tugas isteri la wei …

    Mak mertua pula dpt mcm saka idup lagi la kau rasa tak perlu untuk jaga mak mertua .

    Macam mak mertua aku ..talipon aje duit duit duit … Mcm sial

Tinggalkan Komen Anda Di Sini