October 21st, 2011

Agak mengecewakan apabila Abang Nara membaca jumlah kutipan untuk filem Libas dan Klip 3Gp yang telah diupdate di laman web Finas. Kedua-duanya gagal mencecah RM1 juta selepas 2 minggu ditayangkan. Mungkinkah ini penangan filem Real Steel yang kini sedang mendapat sambutan terlampau hangat di pawagam?

klip 3gp

Daripada segi promosi, rasanya filem Klip 3GP telah membuat promosi besar-besaran. Mungkinkah fenomena klip 3gp yang sudah berlalu 10 tahun lalu tidak lagi membangkitkan ghairah kepada para penonton? Tentang filem Libas pulak, daripada komen yang didengar, filemnya agak kelakar kerana adanya Johan Raja Lawak. Mungkin aura Johan masih tidak cukup gah untuk menarik penonton menonton filem Libas.

klip 3gp

Sekadar update, tangga teratas untuk kutipan filem paling hebat masih lagi dipegang oleh filem KL Gangster dengan diikuti oleh filem Hantu Bonceng. Sama-sama kita nantikan sama ada ada filem yang bakal merampas takhta teratas sebelum tahun 2011 ini berakhir.

July 19th, 2010

Kompem kami takkan gi tengok filem Libas kalau promo dia pun dah macam nie. Hahaha. Pecah perut pakcik!!!

August 21st, 2009

scha

Kami nak mintak maaf terlebih dulu kalau ada pembaca yang menyampah. Maklumlah, sikit-sikit kuar citer Scha Al Yahya. Bukan apa, kami nie memang minat sangat-sangat kat dia. Sebab bagi kami dia ada pakej yang sangat lengkap. Mutu lakonan pun not bad lah jugak di mata kami.

Mungkin semua orang dah tengok video iklan Celcom Scha dan Fahrin tue. Ala yang Fahrin ajak Scha kawin guna SMS tue. Kali nie bukan sekadar lakonan dah tapi yang real punya. Dengar cerita nya mereka berdua nie memang tunggu masa jer nak bertunang. Mungkin sebab Fahrin takut kot pisang berbuah dua kali. Lagipun Scha nie kan ramai peminat.

Walaupun kami tak berapa suka sangat kat Fahrin, tapi kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Scha. Jadi kalau Scha bahagia di samping Fahrin, biarkanlah mereka berdua bercinta. Buat Fahrin, cepat-cepatlah masuk meminang. Kang terlepas kang baru menangis tak berlagu.

Lagi gambar terbaru Scha Al Yahya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

scha

scha

scha