Filem Libas Dan Klip 3GP Gagal Cecah Kutipan RM1 Juta

Hiburan

Filem Libas Dan Klip 3GP Gagal Cecah Kutipan RM1 Juta

Agak mengecewakan apabila Abang Nara membaca jumlah kutipan untuk filem Libas dan Klip 3Gp yang telah diupdate di laman web Finas. Kedua-duanya gagal mencecah RM1 juta selepas 2 minggu ditayangkan. Mungkinkah ini penangan filem Real Steel yang kini sedang mendapat sambutan terlampau hangat di pawagam?

klip 3gp

Advertisement

Daripada segi promosi, rasanya filem Klip 3GP telah membuat promosi besar-besaran. Mungkinkah fenomena klip 3gp yang sudah berlalu 10 tahun lalu tidak lagi membangkitkan ghairah kepada para penonton? Tentang filem Libas pulak, daripada komen yang didengar, filemnya agak kelakar kerana adanya Johan Raja Lawak. Mungkin aura Johan masih tidak cukup gah untuk menarik penonton menonton filem Libas.

klip 3gp

Sekadar update, tangga teratas untuk kutipan filem paling hebat masih lagi dipegang oleh filem KL Gangster dengan diikuti oleh filem Hantu Bonceng. Sama-sama kita nantikan sama ada ada filem yang bakal merampas takhta teratas sebelum tahun 2011 ini berakhir.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...