March 23rd, 2012

Kami rasa anda semua pasti maklum yang sebelum ini Mamat yang merupakan anggota kumpulan lawak Sepah dan pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida pernah bercinta. Hubungan mereka bagaimanapun putus disebabkan Mamat secara tidak sengaja termuat naik gambar Fida yang menampakkan rambut sewaktu mereka bercuti ke Singapura ke Facebooknya, menyebabkan gambar itu tersebar dan Fida menerima kritikan orang ramai.

Anda berbakat dalam bidang seni? Pandai berlakon, berlawak, menari, menyanyi, mempersembahkan silap mata atau apa jua bakat seni? Anda berpeluang untuk mempersembahkan bakat anda pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang, hari Ahad, 25 Mac 2012 di Bazar Seni Industri Budaya, perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, di mana kami menyediakan pentas sebagai platform untuk anda menampilkan bakat anda. Anda hanya perlu walk-in! Serlahkan bakat anda dan bergembira bersama kami. Hanya di Bazar Seni Industri Budaya! “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”! Like Fanpage kami untuk keterangan lanjut.

Mengikut laporan Kosmo, Mamat masih menyayangi Fida malah mereka masih berkawan baik malah ada kalanya keluar bersama.

Sebenarnya saya dan Fida masih menjalinkan hubungan, tetapi hanya sebagai kawan biasa. Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, kami berdua akan keluar bersama-sama kalau ada kelapangan dan hubungan kami tetap baik.

Tidak dinafikan ada beberapa orang rakan saya yang agak pelik apabila kami berkawan, namun apa salahnya kalau kami berkawan. Saya sendiri langsung tidak menyimpan perasaan dendam terhadapnya, meskipun dia yang membuat keputusan untuk mengakhiri percintaan kami.

Mamat turut ditanya sama ada dia merancang untuk menjalinkan semula hubungan cinta dengan Fida. Dia menjawab:-

Saya akui perasaan sayang dan cinta terhadap Fida masih ada, tetapi kami tidak pernah terfikir untuk kembali semula menjalinkan hubungan cinta dan kami tidak pernah membincangkan perkara tersebut.

Setakat ini kami lebih selesa untuk berkawan sahaja dan saya anggap
dia seorang kawan yang sangat baik kerana masih mengambil berat terhadap diri saya. Malah, saya tetap berharap agar mendapat peluang kedua untuk bercinta semula dengannya dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Bukan itu saja, Mamat juga tidak mahu mencari pengganti Fida buat masa ini:

Selain terpalit dengan kontroversi bersama Fida, saya juga dikatakan seorang lelaki playboy kerana sikap saya yang terlalu peramah dengan sesiapa sahaja sehingga dilabel sebegitu. Jadi, saya tidak terfikir untuk mencari teman wanita baharu dan lebih selesa dengan kehidupan sekarang.

Setahu kami Fida sudah ada teman lelaki baru selepas Mamat. Dikira pengakuan Mamat ini agak berani juga, walaupun usia hubungan mereka singkat namun sempat terpalit kontroversi. Apa agaknya reaksi Fida pada pengakuan Mamat ini? Apa pula reaksi teman lelaki Fida? Sungguh drama sekali. Hehe.

December 29th, 2011

2 jam sebelum ini Abang Nara dah kongsikan fesyen yang dianggap terbaik sepanjang tahun 2011 ini. Apa kata kali ini kita layan yang terhancur pulak. Sekali lagi diingatkan ini ialah pendapat daripada mata Abang Nara. Maka sememangnya ianya berbeza dengan mata anda. 7 fesyen terhancur itu adalah:-

1.  Miera Liyana – confirm kena masukkan dia nie, kalau tak mesti anda kata mata Abang Nara kero.

miera

2. Fathia – Abang Nara memang tak gemar style berbulu-bulu nie. Geli badan

fathia

3. Fida – sekali lagi fesyen berbulu yang menyebabkan kegelian pada tekak Abang Nara

fida

4. Amanda Imani – muka macam bangga je kan?

amanda

5. Fasha Sandha – fuh, bareback gitu.

fasha

6. Najwa Latif – memang out 100% fesyennya

najwa latiff

7. Didie Alias – seram mak nyah ~~~

didie alias

Sekian terima kasih.

December 28th, 2011

Putus cinta tidak bermakna anda harus merana untuk satu jangka masa yang lama. Abang Nara percaya kepada konsep kena mencari kekasih baru untuk lupakan kekasih lama. Contohilah Fida yang kini sudah pun mempunyai pengganti Mamat Sepah. Kekasih baru Fida adalah seorang lelaki 30-an yang diberi nama “S”.

fida ada kekasih baru

Perkenalan antara Fida dan “S” sudah terjalin lama namun mereka berdua mula rapat selepas Fida clash dengan Mamat. “S” merupakan seorang ahli perniaagaan dan banyak memberi Fida tunjuk ajar untuk mengembangkan lagi businessnya. Kata Fida:-

Kalau diikutkan saya sudah mengenali ‘S’ sebelum berkawan dengan Mamat lagi. Namun, hubungan kami sebelum ini terjalin atas dasar rakan niaga sahaja. Apa yang menarik tentang ‘S’ adalah kematangannya dalam membuat keputusan dan dia banyak mengajar saya untuk memikirkan tentang perancangan masa depan dan dunia perniagaan.Namun hubungan kami masih terlalu baru, tidak sampai enam bulan pun, jadi berilah ruang dan masa untuk kami lebih saling mengenali.

Dan untuk makluman, Fida dan Mamat sudah tidak berhubung langsung selepas clash hari itu.

Bagi saya perkara yang lepas, biarlah berlalu. Kami tidak lagi berhubung, lagi pun ketika kami berdepan konflik tersebut, saya tidak melihat kesungguhannya untuk meleraikan kekusutan yang berlaku.Biarlah saya jalani hidup hari ini dengan pengalaman baru. Saya doakan yang terbaik untuk apa sahaja perkara yang dilakukannya.

Kepada Fida, selamat menjalani alam percintaan bersama “S” dan moga cepat-cepat bertemu jodoh. Kredit berita kepada Mstar.

October 13th, 2011

Anda bosan? Dah habis baca semua majalah yang ada di atas meja anda? Jangan risau sebab sekarang ada majalah Femag yang boleh dibaca secara online. Not bad jugak cover-cover yang menghiasi majalah ini.

1. Fida

femag

2. Siti Saleha

femag

3. Azura, Amber dan Nadine

femag

4. Kilafairy

femag

Majalah ini boleh dibaca secara onlin di WuuhuOnline.