December 28th, 2011

Putus cinta tidak bermakna anda harus merana untuk satu jangka masa yang lama. Abang Nara percaya kepada konsep kena mencari kekasih baru untuk lupakan kekasih lama. Contohilah Fida yang kini sudah pun mempunyai pengganti Mamat Sepah. Kekasih baru Fida adalah seorang lelaki 30-an yang diberi nama “S”.

fida ada kekasih baru

Perkenalan antara Fida dan “S” sudah terjalin lama namun mereka berdua mula rapat selepas Fida clash dengan Mamat. “S” merupakan seorang ahli perniaagaan dan banyak memberi Fida tunjuk ajar untuk mengembangkan lagi businessnya. Kata Fida:-

Kalau diikutkan saya sudah mengenali ‘S’ sebelum berkawan dengan Mamat lagi. Namun, hubungan kami sebelum ini terjalin atas dasar rakan niaga sahaja. Apa yang menarik tentang ‘S’ adalah kematangannya dalam membuat keputusan dan dia banyak mengajar saya untuk memikirkan tentang perancangan masa depan dan dunia perniagaan.Namun hubungan kami masih terlalu baru, tidak sampai enam bulan pun, jadi berilah ruang dan masa untuk kami lebih saling mengenali.

Dan untuk makluman, Fida dan Mamat sudah tidak berhubung langsung selepas clash hari itu.

Bagi saya perkara yang lepas, biarlah berlalu. Kami tidak lagi berhubung, lagi pun ketika kami berdepan konflik tersebut, saya tidak melihat kesungguhannya untuk meleraikan kekusutan yang berlaku.Biarlah saya jalani hidup hari ini dengan pengalaman baru. Saya doakan yang terbaik untuk apa sahaja perkara yang dilakukannya.

Kepada Fida, selamat menjalani alam percintaan bersama “S” dan moga cepat-cepat bertemu jodoh. Kredit berita kepada Mstar.


88 responses to “Fida Sudah Ada Kekasih Baru Pengganti Mamat Sepah”

  1. Faites des rencontres gratuites sur mydnes[URL=http://www.mydnes.com/ – Rencontre[/URL – Le r?seau social qui vous relie ? des amis.

Loading...