Written by AbangNara | June 6th, 2014

Kasihan Felixia Yeap apabila gambar seksinya dikomen oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan ayat-ayat lucah. Walaupun kini sudah bertudung, gambar-gambar lama yang berjumlah ribuan itu masih belum dipadamkan oleh Felixia kerana kesuntukan masa. Namun buat peminat Felixia, anda jangan risau. Felixia menjangkakan kesemua gambar seksi itu akan berjaya dibuang sebelum Ramadhan ini.

felli

Untuk menunjukkan kesungguhannya memadamkan gambar-gambar itu, Felixia Yeap akan mengupah seorang pembantu peribadi. Kata Felixia:-

Siapa saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook. Justeru saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu.

Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadhan ini.

Apa yang mereka komen pada gambar lama itu mengenai masa silam saya sebelum berhijab. Saya rasa golongan yang memberikan komen lucah ini merasakan diri mereka sangat baik dan lebih berkuasa daripada tuhan serta tidak pernah melakukan kesilapan.

Saya cuma boleh menyedarkan mereka apa yang mereka buat itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dilakukan kepada saya yang kini sedang mendalami agama Islam. Mereka perlu ingat bahawa setiap perbuatan kita dinilai serta dilihat tuhan kerana Dia lebih mengetahui.

felli

Fuh~~~ Pedas sungguh ayat Felixia Yeap. Diharap kalau ada pembaca BeautifulNara yang turut serta memberikan komen tidak sepatutnya di gambar-gambar lama Felixia Yeap, hentikanlah. Kesian dia. Baru nak belajar pasal Islam, tup-tup tengok perangai orang Islam lain macam. Nanti hilang semangat nak belajar dengan lebih mendalam. Tak gitu? Marilah kita memberikan contoh yang baik kepada Felixia.

Written by AbangNara | February 3rd, 2014

Tak kenal siapa itu Felixia Yeap? Mungkin anda harus membaca artikel mengenai model berbangsa Cina tampil manis bertudung ini yang pernah Abang Nara kongsikan satu ketika dahulu.  Ada pihak yang menyokong tindakan Felixia bertudung, namun ada juga yang mempersoalkan kenapa Felixia perlu bertudung kalau tidak memeluk Islam. Senang cerita, pelbagai reaksi yang timbul sejak Felixia mengenakan tudung.

felixia yeap bertudung

Menerusi Harian Metro baru-baru ini, Felixia Yeap tidak menolak kemungkinan dirinya memeluk Islam. Sama ada cepat atau lambat, ia bukanlah keputusan daripada Felixia. Kata model ini:-

Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah. Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah

felixia yeap bertudung

Menariknya Felixia turut mengenakan tudung ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Makin lama Abang Nara tengok makin banyak yang Felixia pelajari. Insya Allah. Hidayah pasti akan datang buat yang mencari. Sama-samalah kita doakan. Jangan nak jatuhkan atau lemahkan semangat Felixia belajar mengenai Islam. Kita sebagai orang Islam, haruslah membantu apa yang patut. Barulah Felixia dapat merasakan sendiri keindahan Islam itu.

felixia yeap bertudung

Lagi beberapa gambar si comel Felixia Yeap dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Felixia Yeap.

P.S: Lelaki kelar anak sedia dihukum

 
Written by AbangNara | December 30th, 2013

***(sila baca artikel ini sambil mendengar lagu Amoi Cantik atau Gadis Ayu)

Kawan-kawan Abang Nara ramai yang menyatakan kecairan hati mereka apabila melihat Felixia Yeap bertudung dan memakai baju kurung. Untuk anda yang tidak mengetahui, Felixia adalah seorang model yang hasil kerjanya sering terpampang di FHM, Playboy dan banyak lagi. Memang seksi gila posing yang pernah dibuatnya satu ketika dahulu. Namun kini, cun melecun, ayu, menawan dan manis sangat apabila Felixia bertudung.
felixia yeap bertudungNamun menerusi tulisannya di felixiayeap.blogspot.com, Felixia melahirkan kekecewaannya apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan tindakannya bertudung dan memakai baju kurung/jubah seperti gadis Muslimah yang lain. Ini kerana Felixia masih lagi melakukan tugasannya selaku model majalah-majalah yang Abang Nara nyatakan di atas. Ada pihak yang menuduh Felixia sengaja mengambil kesempatan, “poser“, dan tidak ikhlas berubah.
felixia yeap bertudungBaru-baru ini Felixia telah tampil di sebuah rancangan di TV Al-Hijrah. Menarik sungguh temubual yang diadakan olehnya. Abang Nara tertarik dengan kata-katanya “Felixia rasa selamat bila pakai baju muslimah, rasa terlindung dan rasa lebih dihormati“. Walaupun masih belum memeluk Islam, nampaknya Felixia lebih memahami sebab Islam menyuruh penganutnya menutup aurat.

Sama-samalah kita doakan agar Felixia Yeap terbuka hati dan diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam suatu hari nanti. Doakanlah juga agar wujudnya seorang lelaki Islam yang benar-benar ikhlas mendampingi dan membimbingnya ke jalan yang benar. Pada pendapat Abang Nara, janganlah kondem, jatuhkan, kutuk atau hina Felixia. Berilah peluang kepadanya untuk berubah. Sekurang-kurangnya Felixia mencuba. Tak gitu?
felixia yeap bertudung

Lagi beberapa gambar comel Felixia Yeap bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Felixia Yeap.