October 13th, 2020

Penyampai radio, Feeya Iskandar,31, memberitahu bahawa dirinya kini hamil lima bulan untuk anak ketiga.

Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah di kalangan pendengar radio turut berkata dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk merahsiakan berita gembira itu.

Namun, dia lebih selesa berterus terang jika ada yang bertanya atau perasan akan perubahan yang dialaminya kini.

Menganggap kehamilan kali ini sebagai rezeki kerana tidak pernah merancang untuk hamil, Cik Pia turut mengakui menyimpan harapan untuk memperoleh anak perempuan pula kali ini.

View this post on Instagram

koi bawak awok balik kampung bapak koi ni.belakang tu sungai pahang..awok terjun ler ?

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on

“Sebelum ini saya pernah juga bagi ‘hint’ dekat laman sosial tapi hanya beberapa orang yang perasan. Ada yang bertanya saya mengandung ke bila buat video dalam keadaan letih tapi saya cuba elak nak jawab. Biarlah menjadi satu kejutan untuk semua orang.”

Meskipun mengidamkan bayi perempuan, namun Feeya tidak meletakkan harapan yang tinggi tapi apa yang penting adalah kesihatan bayi dalam kandungan sihat walafiat dan kehamilan dipermudahkan.

View this post on Instagram

sabar,sikit lagi. in sha allah?

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on

Sekadar info, Feeya mendirikan rumah tangga bersama suaminya kini, Nurashid Wahab pada tahun 2015 dan telah dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique,3, dan Nuh Aryyan,2 tahun.

Sumber : Astro Gempak

July 15th, 2020

Mengambil keputusan untuk melenting selepas foto miliknya disalah guna oleh peniaga atas talian, penyampai radio tersohor, Feeya Iskandar mendedahkan pihak tidak bertanggungjawab itu hanya membayar sekali sahaja untuk menggunakan perkhidmatannya.

feeya iskandar bengang

Feeya bertindak memuat naik foto dirinya mempromosikan produk kecantikan penegang payudara yang diiklankan pihak berkenaan tanpa rasa bersalah.

“Bayar sekali guna gambar orang berkali-kali. Senang hidup. Ambil kesempatan.”

Menurutnya, pihak berkenaan hanya membayar sekali sahaja untuk tujuan promosi, namun seakan tidak profesional, pihak tersebut masih menggunakan foto Feeya memegang produk itu berulang kali bagi melariskan jualan mereka.

feeya iskandar bengang

Tambahnya lagi, beliau tidak akan menghalalkan niat pihak terbabit bagi melariskan produk.

“Aku cuma nak cakap aku tak halalkan kau guna gambar aku.”

Terdahulu, beberapa orang selebriti turut mengalami situasi yang sama antaranya Azhar Rani, Uqasha Senrose, Adibah Noor dan Khai.

feeya iskandar bengang

Lebih perit, pasangan penyanyi Khai dan Rosma juga mengakui kesal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan gambar mereka untuk melakukan perniagaan tanpa kebenaran.

Malah Khai juga sebelum ini menjelaskan dirinya sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit dan kesal dengan perbuatan yang dilakukan oleh pihak terbabit.

Sumber: Gempak

February 8th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar ataupun mesra disapa Cik Piah yang selamat melahirkan cahaya mata pertama beliau semalam.

Feeya melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 2.8 kilogram kira-kira jam 11.03 minit pagi di Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang. Feeya dan suaminya sepakat untuk menamakan anak mereka Adam Malique.

Berita gembira itu diumumkan oleh Feeya sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Ini dia cinta hati Cik Piah dan @wnurashidwahab nama diberi Adam Malique. 7/2/2017 tepat jam 11.03 pagi, lahirlah bayi lelaki seberat 2.8kg secara normal, dan tiada jahitan.  Syukur, proses bersalin dipermudahkan… Terima kasih Ya Allah, terima kasih suami yang menemani sepanjang di dalam labour room, terima kasih mak abah, keluarga, keluarga mertua, sedara mara, sahabat-sahabat, tak lupa peminat-peminat kerana mendoakan Cik Piah.

Semoga Feeya dan suaminya dilimpahi dengan kebahagiaan yang lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka.

January 12th, 2016

Bakal bergelar isteri tidak lama lagi, penyampai radio Sinar FM iaitu Feeya Iskandar telah membuat keputusan untuk berhijrah dan kini sudah berhijab sepenuhnya.

Berita itu juga turut dikongsikan menerusi akaun Intagram rasmi Sinar FM yang memuji betapa manisnya Feeya kini setelah bertudung.

Feeya juga ada kongsi beberapa foto beliau dengan imej terbarunya di akaun Instagram miliknya.

Alhamdullilah, Feeya sudah mula untuk membuat perubahan yang positif dalam hidupnya. Supaya Feeya kekal berhijab.

Beberapa lagi foto Feeya Iskandar yang cukup cantik mengenakan tudung dengan membaca entri ini sepenuhnya.