October 13th, 2020

Penyampai radio, Feeya Iskandar,31, memberitahu bahawa dirinya kini hamil lima bulan untuk anak ketiga.

Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah di kalangan pendengar radio turut berkata dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk merahsiakan berita gembira itu.

Namun, dia lebih selesa berterus terang jika ada yang bertanya atau perasan akan perubahan yang dialaminya kini.

Menganggap kehamilan kali ini sebagai rezeki kerana tidak pernah merancang untuk hamil, Cik Pia turut mengakui menyimpan harapan untuk memperoleh anak perempuan pula kali ini.

View this post on Instagram

koi bawak awok balik kampung bapak koi ni.belakang tu sungai pahang..awok terjun ler ?

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on

“Sebelum ini saya pernah juga bagi ‘hint’ dekat laman sosial tapi hanya beberapa orang yang perasan. Ada yang bertanya saya mengandung ke bila buat video dalam keadaan letih tapi saya cuba elak nak jawab. Biarlah menjadi satu kejutan untuk semua orang.”

Meskipun mengidamkan bayi perempuan, namun Feeya tidak meletakkan harapan yang tinggi tapi apa yang penting adalah kesihatan bayi dalam kandungan sihat walafiat dan kehamilan dipermudahkan.

View this post on Instagram

sabar,sikit lagi. in sha allah?

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on

Sekadar info, Feeya mendirikan rumah tangga bersama suaminya kini, Nurashid Wahab pada tahun 2015 dan telah dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique,3, dan Nuh Aryyan,2 tahun.

Sumber : Astro Gempak


One response to “Feeya Iskandar Kini Hamil 5 Bulan, Impikan Anak Perempuan Buat Cahaya Mata Ke-3”

  1. Ibnu K says:

    Semoga berbahagia Feeya dan suami serta keluarga dia.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...