‘Lebihkan Abang, Abaikan Adik’ – Feeya Iskandar Naik Berang, Dituduh Layan Anak Macam Mak Tiri

Hiburan

‘Lebihkan Abang, Abaikan Adik’ – Feeya Iskandar Naik Berang, Dituduh Layan Anak Macam Mak Tiri

Kalau layan celoteh Cik Piah di radio, memang tak kering gusi dibuatnya. Bukan sahaja lawak spontan, Cik Piah atau nama sebenarnya Feeya Iskandar turut menyediakan informasi berguna buat para pendengar. Jika korang mengikuti perkembangan terkini di Instagram, penyampai radio ini juga gemar berkongsi gelagatnya bersama anak-anak di rumah. Lucu betul.

Namun, lain pula kisahnya apabila salah seorang pengikut meninggalkan komen menuduh Cik Piah melayan anak-anak seperti mak tiri. Individu tersebut mendakwa Cik Piah melebihkan anak sulung, Adam Malique berbanding anak keduanya, Nuh Aryyan.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar)

Difahamkan, individu tersebut membuat tuduhan berdasarkan video review makanan Cik Piah bersama anak-anak. Menurutnya, Cik Piah mengabaikan permintaan anak kedua yang meminta makanan sebaliknya hanya fokus kepada Adam Malique.

Foto: mStar

Tu lah sejak PKP bersambung otak masing-masing dah jem kan. Ada je nak cari salah orang. Sebab tu aku kalau buat review jaranglah nak review sekali dengan anak-anak. Sebab ko tak tahu anak aku macam mana. Sebab nanti jadi macam ni lah. Ada kata aku macam mak tirilah. Lebihkan abanglah, abaikan adik. Padahal lepas video tu sama je aku layan anak-anak aku nak makan. Ko je tak tahu! Mulut macam apa! Padan muka kena block.

Elok je aku layan anak aku. Jangan tuduh melulu. Kau tengok video tu terus nak cakap aku macam-macam eh. Hah tengok tak ni? Macam mak tiri ke aku layan anak aku no 2. Laa lupa ko takleh tengok sebab kau dah kena block.

Menerusi Instagram Story, Cik Piah menafikan dakwaan melulu yang dibuat individu terbabit. Jelasnya, selepas video dirakam dia melayani anak-anak sama rata. Ini turut menjelaskan sebab mengapa Cik Piah jarang membuat review bersama dua puteranya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...