August 28th, 2020

Mengakui mendapat lebih perhatian dalam bidang lakonan meskipun telah berkecimpung dalam dunia nyanyian, pelakon Fattah Amin mendedahkan beliau telah lama serius bergelar seorang penyanyi.

"Saya Dah Lama Serius Menyanyi" - Fattah Amin

Menurut Fattah, perkara itu tidak dapat dinafikan kerana sebelum ini beliau juga telah melancarkan beberapa lagu buat pendengar setianya.

“Saya juga serius menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian. Saya juga sudah lancarkan beberapa single sebelum ini, jadi boleh dikatakan, sudah lama saya serius untuk menyanyi. Saya sudah memiliki lima hingga enam single, kalau diikutkan ia sudah boleh dimuatkan dalam satu album.”

"Saya Dah Lama Serius Menyanyi" - Fattah Amin

Ujarnya lagi, beliau juga lebih cenderung dan sukakan kepelbagaian dalam genre lagu nyanyiannya. Malah, mengakui beliau langsung tidak suka dirinya dilabel sebagai seorang yang stereotype.

“Saya suka pelbagai, begitu juga dengan nyanyian. Sebelum ini saya dah cuba genre balada, cinta dan lagu Bebas yang dilancarkan baru-baru ini pula mempunyai mesej yang mampu membangkitkan semangat motivasi dalam diri seseorang.”

Dalam perkembangan lain, Fattah juga akan melancarkan single terbaru ciptaan Hafiz Hamidun yang akan menemui peminat dalam masa terdekat.

"Saya Dah Lama Serius Menyanyi" - Fattah Amin

Untuk rekod, Fattah yang juga suami kepada pelakon jelita Nur Fazura khabarnya bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi selepas tampil mendedahkan isterinya sudah berbadan dua sekitar April lalu.

Sumber: Gempak

August 26th, 2020

Mengakui kagum dengan kesabaran suaminya, aktor Fattah Amin dalam melayan kerenah sepanjang proses kehamilannya, pelakon jelita Nur Fazura tidak segan memberitahu umum bahawa beliau sering kali berasa kasihan terhadap kesungguhan yang diberikan oleh suaminya itu.

fazura fattah amin

Katanya, sifatnya yang cerewet di awal kehamilan dalam soal makanan mampu dituruti suaminya tanpa sebarang masalah.

“Pernah suatu hari, dia ada membawa balik sandwich, dan saya memang tidak menggemari sos atau mayonis. Bagaimanapun sandwich yang dibeli mengandungi bahan tersebut dan saya terus menangis. Dia tenangkan saya, lalu sanggup keluar semula demi mendapatkan sandwich baru tanpa sos dan mayonis.”

Ujar Fazura, beliau menyifatkan pelakon tampan itu sebagai seorang yang mudah mengalah apabila berdepan sesuatu yang membabitkan dirinya.

Fazura Rasa Bersalah Lihat Kesabaran Fattah Amin Layan Kerenahnya Sepanjang Hamil

“Melihat kepada kesabarannya melayan saya, saya minta ampun kerana rasa bersalah dan kasihankan dia. Malah, dalam apa sahaja perkara, dia akan menangkan saya.”

Terdahulu, Fazura sah menjadi isteri kepada Fattah pada 27 November 2017. Pasangan ini juga mula mendedahkan berita gembira mengenai kehamilan anak sulung mereka pada pertengahan April lalu.

Fazura Rasa Bersalah Lihat Kesabaran Fattah Amin Layan Kerenahnya Sepanjang Hamil

Bagaimanapun, jantina zuriat dalam kandungannya masih belum didedahkan kepada umum.

Sumber: Gempak

August 19th, 2020

Tampil berkongsi beberapa tips yang diamalkannya sepanjang kehamilan isterinya, pelakon Nur Fazura yang kini telah sarat hamil, pelakon tampan Fattah Amin akui banyak meluangkan masa bersama isteri selepas pulang dari kerja.

Fattah Amin Sentiasa Baca Surah Yusuf Dan Mariam Pada Bayi Dalam Kandungan Fazura

Menurutnya, antara perkara yang selalu diamalkan Fattah adalah membaca surah Yusuf dan Mariam kepada bayi dalam kandungan isterinya yang telah memasuki usia tujuh bulan.

“Antara surah yang saya baca adalah surah Yusuf dan Mariam, Insya-Allah, saya percaya akan kebaikan membaca surah-surah ini kepada bayi dalam kandungan.”

Biarpun isterinya menunjukkan sedikit perbuahan dari segi “mood” ketika sedang hamil, namun pelakon yang popular menerusi drama Playboy Itu Suami Aku akui sentiasa bersabar dan melayankan sahaja kerenah isterinya.

Fattah Amin Sentiasa Baca Surah Yusuf Dan Mariam Pada Bayi Dalam Kandungan Fazura

“Saya faham, sudah tentu wanita yang sedang hamil akan mengalami sedikit perubahan dari segi mood mereka, begitu juga isteri saya. Tetapi, sebagai suami, saya perlu banyak bersabar dan sentiasa berada di sisi dia, layankan sahaja kerenahnya.”

Fattah Amin Sentiasa Baca Surah Yusuf Dan Mariam Pada Bayi Dalam Kandungan Fazura

Untuk rekod, Fattah dan Fazura atau lebih mesra dengan jolokan #Fattzura telah sah menjadi pasangan suami isteri pada 27 November 2017.

Biarpun telah mendedahkan berita kehamilan isterinya sekitar April lalu, namun pasangan kegemaran ramai ini masih merahsiakan jantina anak malah tidak menolak kelak akan tetap mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

Sumber: Gempak

July 27th, 2020

Mengakui bimbang akan risiko dijangkiti COVID-19 terutama ketika isterinya yang juga pelakon, Nur Fazura sedang hamil anak pertama mereka, pelakon tampaN Fattah Amin yang bakal menimang cahaya mata sekitar Oktober depan mendedahkan dirinya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika di set penggambaran.

fattah amin paranoid

Katanya, beliau mengambil inisiatif untuk tidak bersalaman dengan orang lain dan tidak senang bercampur dengan mengutamakan kesihatan diri.

“Memang saya risau tapi dekat mana-mana kita pergi pun wabak itu ada. Tapi selagi kita semua jaga jarak dan lakukan SOP yang ditetapkan, InsyaAllah semuanya selamat. Saya memang akan pastikan sentiasa ikut SOP.”

Menurutnya, andai seseorang itu pandai menjaga diri, mungkin potensi untuk dijangkiti wabak berkenaan berada pada kadar yang rendah.

fattah amin paranoid

“Saya tidak akan senang-senang nak campur dengan orang ramai, jaga jarak dan tak bersalam dengan orang lain. Apa-apa pun kena pandai jaga diri. Kalau saya jaga semua itu, tak ada la bawa sampai ke rumah.”

Terdahulu, Fattah berkata dirinya dan Fazura masih mahu merahsiakan jantina zuriat mereka kerana mahu peminat merasa teruja dengan berita yang akan diumumkan kelak. Ujarnya lagi, mereka juga seakan tidak kisah sama ada dikurniakan cahaya mata lelaki mahupun perempuan asalkan sihat dan sempurna.

Sumber: mStar