November 17th, 2017

Teka-teki pernikahan Fattah Amin dan Fazura masih lagi menjadi bualan ramai sehingga saat ini, peminat sudah tidak sabar untuk menantikan pasangan ini mengeluarkan kenaytaan rasmi berhubung spekulasi perkahwinan mereka.

Sebagai bekas kekasih Fattah, pelakon Sherry Ibrahim tumpang gembira sekiranya Fattah sudah benar-benar bertunang ataupun berkahwin dengan Fazura dan berharap pasangan sensasi itu bahagia bersama.

Kalau betul Fattah dan Fazura sudah berkahwin atau bertunang, baguslah. Fattah kini menuju ke arah lebih baik. Terserlah keceriaan pada wajah kedua-duanya apabila sama-sama mengerjakan Umrah dengan keluarga masing-masing. Saya doakan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan mereka bahagia.

Sebagai wanita yang pernah rapat dengan Fattah, saya lega apabila tiada pihak membandingkan saya dengan mana-mana wanita yang dikaitkan dengannya selepas saya.  Saya tiada masalah dengan mana-mana teman wanitanya. Jika ada yang bertanya, saya anggap ia hanya sekadar pendapat dan saya mendoakan yang terbaik buatnya.

Sherry dan Fattah mula bercinta sekitar tahun 2014 selepas mula rapat ketika menjalani penggambaran drama Cinta Ibadah. Mereka kemudian membuat keputusan untuk berpisah pada Ogos 2016 kerana sudah tidak ada persefahaman lagi.

Kami puji sikap Sherry yang tidak mahu memikirkan hal lalu dan tetap mendoakan yang terbaik buat Fattah.

Sumber Berita : Harian Metro

November 16th, 2017

Spekulasi pertunangan serta pernikahan Fattah Amin dan Fazura masih lagi menjadi teka-teki. Ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan sidang media khas yang bakal diadakan oleh Fattzura pada 23 November ini untuk merungkai segala persoalan dan isu tentang hubungan mereka berdua. Adakah benar-benar bercinta atau sebaliknya?

Terbaru, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling (PAID) memberitahu pihak mereka tidak menerima permohonan pernikahan dari Fattah dan Fazura. Untuk makluman pembaca,  pasangan yang hendak melangsungkan pernikahan perlu mengemukan permohonan kepada pejabat agama Islam daerah di tempat tinggal mereka.

Sehingga hari ini (semalam) kami tidak menerima sebarang permohonan nikah daripada mereka. Kita pun ada dengar mengenainya (spekulasi kedua-dua pelakon itu bernikah) namun setakat ini tiada apa-apa permohonan lagi.

Dalam pada itu, pengurus Fattah iaitu Acha mengesahkan majlis tertutup yang berlangsung di kediaman nenek Fazura, sebenarnya adalah kenduri dan doa selamat  sempena dengan keberangkatan pasangan ini bersama keluarga ke Makkah semalam bagi mengerjakan umrah.

Sumber Berita : Harian Metro