September 14th, 2020

Meluahkan rasa kebimbangan berkenaan sikap isterinya pelakon Nur Fazura yang masih kuat bekerja usia kandungan kini telah mencecah lapan bulan dan bakal melahirkan cahaya mata sulung sekitar bulan depan, pelakon tampan Fattah Amin dedah perkara tersebut kepada umum.

“Saya Tengok Pun Jadi Kesian” - Fattah Amin Bimbang Fazura Terlalu Rajin Buat Kerja

Dedah Fattah, walaupun tidak boleh menghalang, namun apa yang mampu dilakukannya adalah sentiasa bersama isterinya.

“Saya tengok dia pun jadi kesian sebab dia sangat rajin bekerja. Saya tak boleh nak stop dia tapi apa yang pasti saya kena sentiasa bersama dengan dia.”

Tidak ketinggalan, Fattah memberitahu, mereka juga baru sahaja membeli barangan bayi. Katanya, beliau yang bakal menjadi bapa itu ada membuat sedikit kajian sebagai persediaan menantikan kelahiran anak sulung.

“Saya Tengok Pun Jadi Kesian” - Fattah Amin Bimbang Fazura Terlalu Rajin Buat Kerja

“Ye kami baru je beli barang bayi, sambil-sambil nak bersedia ke hospital tu. Saya juga dah mula buat sedikit research, tanya-tanya keluarga mana yang patut.”

Disoal sama ada nama bayi sudah pun dipilih, Fattah mengambil keputusan untuk merahsiakan lagi perkara itu.

“Saya Tengok Pun Jadi Kesian” - Fattah Amin Bimbang Fazura Terlalu Rajin Buat Kerja

Sekadar informasi, Fattah dan Fazura telah selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara, pada November 2017.

Malah, sekitar April tahun ini, pasangan ini mendedahkan kedua-dua mereka bakal menimang anak sulung selepas fazura disahkan hamil. Namun jantina bayi cahaya mata mereka masih tetap dirahsiakan.

June 29th, 2020

Tidak mampu menyembunyikan keterujaan untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung dalam hidupnya, pelakon tampan Fattah Amin mendedahkan dirinya dan isteri, Fazura akan berkomunikasi dengan anak mereka dalam perut setiap hari.

fattah amin sembang dengan anak dalam perut setiap hari

Menurut Fattah, beliau kini bagai tidak dapat membayangkan apabila anak mereka lahir ke dunia nanti malah turut menyatakan ia pasti seakan menjadi penyeri hidup dirinya dan isteri.

“Setiap hari jika ada di rumah atau balik kerja, saya dan isteri akan membiasakan berkomunikasi dengan anak dalam perut. Betapa tak sabar kami untuk mengalukan kedatangan zuriat ini.”

Dalam pada itu, Fattah dan isteri kini difahamkan telah mengetahui jantina anak mereka namun mengambil pendekatan untuk merahsiakan terlebih dahulu dan akan mengumumkan kelak apabila tiba waktu yang sesuai.

fattah amin sembang dengan anak dalam perut setiap hari

“Biarlah menjadi rahsia dahulu. Kami tak mahu berkongsi lagi jantina anak. Apabila tiba waktu yang sesuai, pasti saya dan isteri umumkan.”

Tambah Fattah, beliau bersyukur kerana dapat menjaga dan meluangkan banyak masa bersama isteri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun sehingga kini masih belum sempat untuk membeli barangan keperluan bayi.

fattah amin sembang dengan anak dalam perut setiap hari

Untuk rekod, pasangan yang popular dengan panggilan Fattzura ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan menerusi drama bersiri, Hero Seorang Cinderella. Kandungan Fazura yang memasuki usia enam bulan kini dikatakan bakal melahirkan anak sulung mereka pada Oktober depan.

Sumber: BH Online

June 19th, 2020

Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin telah mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan jantina anak mereka yang bakal hadir sama ada lelaki atau perempuan sehinggalah bayi tersebut selamat dilahirkan.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin memberitahu umum mengenai perkara itu melalui Instastory yang dikongsi semula daripada pengurusnya, Iman Tang.

Dia yang ketika itu ditemui wartawan ketika perbicaraan kes yang dimenanginya baru -baru ini meminta orang ramai untuk tidak perlu berteka-teki mengenai jantina zuriat yang bakal lahir nanti. Fazura hanya meminta peminat di luar sana supaya mendoakan dia dan bayinya dalam keadaan sihat dan selamat.

“Tak perlu teka bayi lelaki atau perempuan okey semua? Kami sebagai bakal menjadi ibu bapa pilih untuk tak buat apa-apa pengumuman sehingga bayi lahir. Mohon doakan bayi sihat dan Faz selamat melahirkan nanti. Itu harapan utama kami, sayang semua,”

 

View this post on Instagram

 

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang selalu mendoakan Faz. ???. . Alhamdulillah. I am so grateful. Thank you to everyone who has always kept me in your prayers. ???.

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

 

View this post on Instagram

 

month 6 and sunshine ??

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

 Terdahulu, Fazura telah didapati tidak bersalah di atas pertuduhan melanggar kontrak dalam mempromosikan sebuah produk kecantikan dan kesihatan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

March 26th, 2020

Pelakon Fattah Amin begitu risau apabila isteri tercinta, Nur Fazura cedera ketika memasak. Menerusi Insta Story, pelakon itu mengongsikan foto pergelangan tangan isterinya melecur akibat terkena percikan minyak panas.

tangan fazura melecur

Bercerita mengenai insiden tersebut, Fazura memberitahu secara tiba-tiba minyak panas meletup lalu terkena tangan kanannya. Fattah ada beberapa kali mengajaknya ke hospital, namun Fazura agak bimbang disebabkan keadaan krisis COVID-19 dimana penyebaran wabak tersebut semakin meningkat.

Sebelum ini, tidak pernah pula berlaku, tapi benda hendak jadi. Fattah banyak kali mengajak saya ke hospital. Tapi mengenangkan keadaan sekarang dan bimbang hendak ke hospital pada waktu kritikal begini, saya cuba ubati sendiri.

tangan fazura melecur

Pada awalnya Fazura agak takut melihat ada gelembung pada pergelangan tangan berikutan percikan minyak panas itu. Bagaimanapun, selepas memecahkan gelembung berkenaan dan menyapu ubat pada bahagian yang melecur, ia mula menunjukkan perubahan positif dan kulit mula kering.

Selepas saya pecahkan gelembung itu dan sapu minyak gamat, Alhamdulillah, nampak kesan luka itu semakin mengering. Terima kasih kepada peminat yang memberi pelbagai petua untuk diamalkan.Saya sangat menghargainya.

tangan fazura melecur minyak panas

Masih trauma dengan apa yang berlaku, Fazura berkata buat masa ini dia tidak akan memasak. Malah, Fattah juga melarangnya untuk memasak.

Dapur akan ‘ditutup’ buat masa ini. Suami pun tak bagi saya masak dan dia nasihatkan saya berehat sahaja.

tangan fazura melecur minyak panas

Bertuah Fazura mempunyai seorang suami yang sangat penyayang. Berehat je lah dan semoga cepat sembuh.

Sumber Berita : BH ONLINE