Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tetap Jaga Solat Walaupun Sibuk, Fattah Amin Dipuji Netizen

Fattah Amin

Meskipun sibuk dengan kerjaya, namun tidak bagi pelakon terkenal Fattah Amin untuk terus mengabaikan rukun Islam iaitu solat lima waktu dalam keadaan kerja yang tidak menentu.

Tular seketika di media sosial apabila seorang individu telah berkongsikan video memaparkan Fattah Amin sedang menunaikan solat di set penggambaran di aplikasi TikTok.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Apa yang menarik perhatian adalah apabila individu tersebut mendedahkan bahawa suami kepada pelakon terkenal Nur Fazura itu sebenarnya tidak pernah meninggalkan solat meskipun sibuk dengan penggambaran.

@hafiznassirsukses4.0Tabik spring kat @fattahamin tak oernah tinggal solat dalam set dah lama perati. #fyp #fypforyourpage #foryourpage #fypppppppppppppp? original sound – ????? – kim

Perkongsian video tersebut ternyata telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen yang tampil memuji pelakon filem Mimaland itu.

Ada juga yang sempat meninggalkan komen yang mengatakan Fazura benar-benar bertuah kerana memiliki suami seperti Fattah yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada agama.

Komen TikTokSumber : Tiktok Hafiznassir  

Sekadar info, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang diadakan secara tertutup.

Pasangan sama cantik sama padan ini kemudiannya telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020 yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. che non

    May 24, 2021 at 8:32 am

    klu laki2 baik suruh lh istri tu betudung!! mnyampah!!! tua2 pun perasan muda lagi!!!

  2. Anonymous

    May 23, 2021 at 8:25 am

    jaga solat? bagus le. tapi dalam masa yg sama, jaga la ahli keluarga dari api neraka. suruh la bini tu pakai tudung, bukan ko sorang je nak masuk syurga. aku ingat dulu lepas kawin bini ko akan pakai tudung sbb jaga status suami yang keluarga dan adik beradik perempuannya bertudung labuh. tapi sampai la ni, bini kau pakai tudung sbb jual tudung di bulan puasa. tak perlu nak pakai tudung bila dah betul-betul ready sbb pakai [email protected] aurat ni bukan pilihan, tapi satu ketetapan dari Allah, pencipta kita.

    • Ibu Hijo

      May 23, 2021 at 5:03 pm

      Kepada anon kat atas, jaga mulut, jangan bergosip, jangan mengumpat, jangan fitnah (cakap macam kau tahu hal rumahtangga dia, konfem ke dia tak suruh bini pakai tudung), hindari ruangan gosip, ini semua bukan pilihan, tapi satu ketetapan dari Allah, pencipta kita.

      Tapi tulah ada juga dekat sini LOL. Sibuk hal orang lain, mampus lah senang.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top