April 3rd, 2018

Bermula daripada cinta lokasi ketika bergandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella, siapa sangka percintaan mereka akhirnya menjadi realiti apabila Fazura dan Fattah Amin sah menjadi suami isteri pada November tahun lalu. Sejak daripada itu pasangan FattZura sering menjadi tumpuan ramai.

Terbaru, Fazura yang kini sedang menikmati masa manja berdua bersama Fattah di Bali memuat naik video khas sempena setahun perkenalan mereka.

Rata-rata netizen memuji betapa “sweet”nya pasangan ini serta mendoakan cinta dan rumah tangga mereka berkekalan sehingga ke jannah. Ada juga yang tidak sabar untuk melihat pasangan ini menimang cahaya mata.

Ibarat “fairytale,  kisah Fazura dan Fattah nampaknya akan terus menjadi pujaan peminat. Semoga perasaan cinta mereka semakin mekar hari demi hari dan kekal selamanya.

June 14th, 2017

Sejak Fazura berlakon di dalam drama Hero Seorang Cinderella, ramai yang “cair” melihat betapa manis dan jelitanya Fazura memakai tudung.

Baru-baru ini pula, Fazura ada memuat naik foto beliau berpakaian baju kurung tetapi kelihatan tudungnya agak singkat. Penampilan beliau itu mendapat perhatian peminatnya yang menegur cara beliau berpakaian.

Namun, ada yang berpendapat jangan menggunakan bahasa yang kasar ketika ingin menegur orang lain apatah lagi ketika dalam bulan Ramadhan.

Tidak semua manusia itu sempurna dan pasti akan membuat kesilapan. Harapnya dengan teguran daripada peminat ini, Fazura akan lebih berhati-hati dalam berpakaian.

June 13th, 2017

Keserasian dan kemesraan hero dan heroin drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan Fazura tidak dinafikan membuatkan ramai orang merasa cemburu termasuk beberapa golongan selebriti.

Pasangan yang kini dilabel Fattzura ini memberitahu mereka tidak mahu terlalu mengambil pusing ataupun melatah dengan kecaman netizen dan luahan tidak puas hati yang dilemparkan oleh rakan selebriti di media sosial.

Saya dengan Fattah selalu cakap, kita tak boleh membaca hati orang. Kita juga tidak mampu untuk menduga niat seseorang sama ada baik atau sebaliknya.  Cuma, apa yang kita boleh buat adalah terus bersabar dan percaya apabila sesuatu perkara hendak berjaya, akan ada halangan sedemikian.

Meskipun lebih selesa untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai reaksi negatif sesetengah pihak, Fattah bagaimanapun ada meluahkan rasa terkilannya dengan “haters” yang seakan hendak menutup periuk nasinya.

Pernah berlaku ketika saya menghadiri satu sesi promosi, tiba-tiba ‘client’ saya tidak dapat memuat naik gambar kerana akaun Instagram kami digodam.  Tak sangka ada pihak yang busuk hati sampai ke tahap hendak menutup periuk nasi orang. Saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dan mungkin tindakan susulan akan dibuat terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.

Kalau dilayan segala komen negatif memang sampai bila-bila pun ia tidak akan berakhir.  Anggap sahaja ia cabaran untuk anda berdua yang kini semakin popular dan mendapat tempat di hati penonton.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : MSG & Co.

June 7th, 2017

Semalam kecoh dengan isu pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad yang bengang dengan seorang peminat fanatik yang  mengaitkan beliau dalam “perang dingin” Fattah Amin dan Neelofa gara-gara salah faham ketidakhadiran Fattah dalam program MeleTOP.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu Nabil memadam bukti mesej peminat tersebut daripada akaun Instagramnya.

Kemudian, Nabil sempat untuk memuat naik sebuah video bersama kapsyen yang agak padu.  Menurut Nabil, kehadiran selebriti hanya sekadar untuk menghiburkan orang ramai dan sekiranya ada yang menjadikan mereka idola pastikan mereka hanya mencontohi perkara yang baik-baik sahaja.

Tidak salah sebenarnya untuk peminat menyokong karier artis pujaan mereka tetapi janganlah sampai tahap terlalu fanatik. Apa pula komen anda?