Written by Bella | July 24th, 2019

Pelakon Fatin Afeefa baru-baru ini sekali lagi didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang, lelaki sama yang pernah dikaitkan dalam kontroversi terdahulu.

Pendedahan itu dimuat naik sendiri oleh isteri kepada lelaki tersebut menerusi laman sosial Twitter, mendakwa pelakon itu menjalin hubungan sulit dengan suaminya serta memaparkan juga beberapa bukti disebalik dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, Fatin nampaknya enggan memberikan komen mengenai kontroversi itu dan berkata dia tidak mampu untuk menutup mulut orang daripada berterusan memburukkan namanya.

Saya tak boleh menutup mulut orang ramai untuk bercakap buruk pasal saya. Jika ada yang rasa cara itu dapat membahagiakannya, terpulanglah. Saya rasa berdiam diri adalah langkah terbaik. Orang yang menyebarkan cerita buruk mengenai saya tidak patut diberi perhatian.

Bagi saya, apa yang disebarkan itu tiada kena mengena dengan diri saya. Jadi, saya tidak akan sesekali melayan perkara yang akan menyakitkan hati. Apa yang boleh saya katakan, apa yang disebarkan langsung tidak memberi kesan kepada diri saya.

Terdahulu, wanita yang dikatakan isteri kepada ‘skandal’ FatinĀ  mendakwa pelakon itu masih menjalin hubungan dengan suaminya meskipun Fatin pernah berjanji tidak akan mengganggu rumah tangga mereka lagi.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | June 28th, 2019

Nama pelakon Fatin Afeefa nampaknya semakin hangat diperkatakan, belum lagi reda dengan isu dia sekali lagi ‘kantoi’ berskandal dengan suami orang, kini ada pula gosip terbaru dia didakwa bercumbu di tempat awam.

Berita itu mula tersebar apabila ada individu bertanyakan hal berkenaan menerusi ruangan komen di akaun Instagram Fatin. Pelakon itu dikatakan pernah berkunjung ke sebuah kedai di pusat beli-belah terkenal dan dilihat berkelakuan sumbang dengan seorang lelaki.

Bagaimanapun, Fatin menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah semata-mata.

Terdahulu, Fatin dikatakan menjalinkan hubungan dengan suami orang, lelaki sama yang pernah dikaitkan dalam kontroversi sebelum ini.Kecurangan mereka dibongkar sendiri oleh isteri lelaki terbabit menerusi lama sosial Twitter. Wanita itu berang kerana sebelum ini Fatin pernah berjanji tidak akan mengganggu rumah tangganya lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE