June 12th, 2018

Masih ingat lagi seorang wanita tampil mendakwa pelakon Fatin Afeefa sedang menjalinkan hubungan intim dengan suaminya sehingga rumah tangga mereka berantakan? Sebelum ini, wanita tersebut yang dikenali sebagai Hanna Marie turut mengatakan Fatin punca beliau dipukul oleh suami sendiri sehingga mengalami kecederaan yang teruk.

Kemelut antara mereka tidak pernah terhenti dan nama Fatin kembali hangat diperkatakan sejak semalam apabila Hanna mendakwa aktres itu masih lagi berdua-duaan dengan suaminya di dalam sebuah apartment pada bulan Ramadhan.

Hanna turut memaklumkan polis sudah berada di rumah Fatin untuk menjalankan pemeriksaan dan mengambil keterangan dari pelakon wanita itu atas dakwaan berkhalwat.

Menerusi akaun Twitternya, Fatin akui polis telah menyerbu rumahnya tetapi hasil pemeriksaan lanjut mendapati beliau tidak bersalah kerana tiada siapa dirumahnya seperti yang didakwa.

Namun, Hanna tetap tidak berpuas hati dan dilihat membalas ‘tweet’ Fatin dengan pelbagai lagi pendedahan mengenai sikap Fatin yang dikatakan agak kasar ketika serbuan itu berlaku.

Fatin enggan berdiam diri mengenai isu tersebut dan bakal membuat laporan polis kerana menggeledah rumahnya tanpa sebarang waran.

Advertisement
March 19th, 2018

Pelakon yang kini sedang dihimpit kontroversi panas bercinta dengan suami orang, Fatin Afeefa menafikan dirinya adalah wanita yang sedang bercumbu dengan seorang lelaki didalam foto yang tersebar di media sosial sebelum ini.

Fatin menerusi portal Kosmo Online juga menjelaskan beliau tidak pernah menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang dan meminta pihak yang mendakwa beliau sebagai perampas mendedahkan identitinya yang sebenar.

Orang yang memberi kenyataan tersebut berselindung di sebalik akaun palsu, jadi apa tujuannya? Kalau betul, keluarkan diri dekat umum. Jangan sembunyikan diri anda. Saya tidak kacau siapa pun. Orang tak suka bila kita tunjuk kita senang kot. Entah lah. Cuma, apa yang boleh saya katakan ialah kalau betul, tunjukkan diri. Kalau sembunyi, berita itu tidak sah.

Terdahulu, seorang wanita menerusi laman sosial Twitter mendakwa Fatin dan suaminya sudah lama bercinta dan tinggal bersama. Wanita itu turut mengatakan Fatin telah berjanji untuk memutuskan hubungan dengan suaminya sebelum ini tetapi pelakon itu telah memungkiri janjinya.

Sumber Berita : Kosmo Online

Advertisement