Written by Bella | April 29th, 2019

Minggu lalu, hangat dengan kontroversi pelakon Fathia Latiff buka tudung selepas tiga tahun beliau berhijab. Fathia akui tidak menyesal dengan keputusan tersebut dan selesa menjadi diri sendiri.

Kata Fathia, beliau tidak mahu lagi terus hipokrit dan mengakui sebelum ini beliau menutup aurat bukan kerana Allah SWT tetapi sebaliknya ingin membuktikan sesuatu terhadap seseorang. Bagaimanapun, kenyataan beliau itu mengundang rasa kurang senang ramai, sehingga beliau dilabel hendak mempersendakan hukum agama. Memang wajib sebagai seorang wanita muslim untuk menutup aurat.

Sedar apa yang beliau katakan itu agak melampau, Fathia menerusi akaun Instagramnya tampil memohon maaf  atas keterlanjuran kata-katanya itu. Fathia berjanji akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Terdahulu, Fathia mengesahkan beliau sudah membuka tudung dan sangat gembira dengan penampilan terbarunya itu. Ketika berhijab, kehidupannya penuh dengan dugaan serta cabaran. Harus berpura-pura dan tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga segala tekanan itu membuatkan dirinya mengalami depresi.

Written by Bella | April 25th, 2019

Belum reda isu buka tudung dan kini tampil dengan rambut pendek, nama Fathia Latiff sekali lagi hangat diperkatakan apabila foto panas beliau berpelukan mesra dan dicium seorang lelaki tersebar di media sosial.

Fathia memuat naik foto tersebut di Insta Stories bersama beberapa kenyataan berbaur sindiran terhadap pihak yang terus mengecam tindakannya membuka tudung dan turut menyertakan ayat-ayat berbaur lucah.

Daripada perlakuan Fathia ini, rata-rata netizen berpendapat mungkin beliau sememangnya mempunyai masalah dan memerlukan pertolongan pakar. Ada juga yang mengatakan mungkin Fathia sengaja memuat naik foto panas itu kerana ingin meraih publisiti.

Terdahulu, Fathia mengesahkan beliau sudah membuka tudung dan sangat gembira dengan penampilan terbarunya itu kerana penampilannya ketika berhijab penuh dengan dugaan serta cabaran. Harus berpura-pura dan tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga segala tekanan itu membuatkan dirinya mengalami depresi. Sebelum ini, Fathia menutup aurat atas desakan orang dan bukannya kerana Allah SWT.

Sumber Berita : Twitter

Written by Bella | April 25th, 2019

Pelakon Fathia Latiff seakan tidak boleh lekang dengan kontroversi, sekali lagi beliau mengejutkan ramai apabila membuat keputusan untuk membuka tudung.

Fathia tidak mahu terus berpura-pura dan mengakui sebelum ini beliau berhijab kerana merasa kecewa. Namun, yang mengundang kecaman adalah kenyataan Fathia yang terlalu gembira kerana sudah membuka hijab dan rasa ‘bebas’.

Tindakan drastik Fathia itu turut mendapat perhatian pendakwah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang ada membuat teguran kepada pelakon itu menerusi akaun Facebook.

Ustaz Ahmad Dusuki berkata, dunia glamor dan segala kemasyhuran hanya sementara sahaja. Berbanggalah saat bertudung itu dan janganlah berbangga apabila membukanya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan dan nasihat Ustaz Ahmad Dasuki. Dalam pada itu, ada yang berkata, apa yang dilakukan Fathia itu memang satu kesalahan besar dalam agama, tetapi kita janganlah terlalu mengecam beliau sehingga pintu hatinya tertutup untuk menutup aurat.

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Fathia. Memang beliau melakukan kesalahan tetapi biarlah nanti beliau berubah dengan ikhlas atas kerelaan hatinya sendiri.

Sumber Berita : Facebook Ustaz Ahmad Dusuki

Written by Bella | April 25th, 2019

Tidak dinafikan, ramai terkejut dengan tindakan Fathia Latiff yang membuka tudungnya selepas 3 tahun berhijab. Jelas Fathia, beliau tidak mahu lagi terus hipokrit dan mengakui sebelum ini beliau menutup aurat bukan kerana Allah SWT tetapi sebaliknya ingin membuktikan sesuatu terhadap seseorang.

Hati dan kehidupannya tidak tenang ketika berhijab tetapi kini beliau sangat gembira dan selesa dengan imej terbarunya yang berambut pendek.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan kecewa dengan tindakan yang diambil oleh Fathia sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kesat.

Dihimpit dengan pelbagai kritikan, Fathia berkata ini adalah kehidupannya dan beliau berhak untuk mengatur hidupnya. Orang lain tidak perlu terlalu cepat menghukum dan menghina dirinya.

Ini kehidupan saya. Jadi, saya berhak atur hidup tanpa perlu orang lain menghukum. Sebenarnya mereka yang suka menghakimi orang lain ini tiada kehidupan. Orang kata saya mengalami tekanan sampai buka tudung adalah silap sebaliknya mereka dengki dengan kehidupan saya.

Adakah dengan menghukum saya mereka sudah dapat tiket masuk syurga? Bagi saya semua orang sama. Setiap orang melakukan kesilapan. Siapa anda untuk hina dengan pilihan yang saya buat.

Menurut Fathia, tidak salah jika ingin menegur ataupun memberikan nasihat, tetapi biarlah ia dilakukan dengan cara yang lebih berhemah.

Sumber Berita : Harian Metro