March 29th, 2019

Semua tahu pelakon Fasha Sandha bakal menamatkan zaman jandanya pada penghujung bulan ini, tetapi beliau dan pasangan, Aidil Aziz  merahsiakan tarikh sebenar majlis pernikahan.

Terbaru, ibu Fasha Sandha menerusi akaun Instagramnya mendedahkan anaknya itu bakal bernikah pada 30 Mac ini.

Perkongsian tarikh istimewa itu dimuat naik beserta ucapan mendoakan kebahagiaan Fasha dan Aidil.

Difahamkan, majlis tersebut bakal diadakan di kampung halaman Fasha di Perlis.  Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November 2018 selepas berkenalan hampir setahun lamanya.

March 29th, 2019

Bakal meraikan hari bahagia pada hujung minggu ini, pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya untuk menerima cinta semula dan menyakinkannya untuk kembali menjadi isteri.

Kata, Fasha, kini barulah beluau merasai erti perkahwinan sebenar dan berharap rumah tangga yang bakal dibina kali ini bersama Aidil Aziz akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Ini kali pertama saya merasai kemeriahan persediaan sebelum mendirikan rumah tangga. Saya sangat gembira, malah terharu apabila menerima pelbagai nasihat dan kata sokongan untuk kembali melalui alam bermakna ini.

Baru kini saya merasai erti perkahwinan sebenar. Saya terharu apabila ibu dan keluarga kedua-dua belah pihak memberikan restu. Dapat saya rasakan betapa diri ini disayangi. Saya sangat berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan memohon semua mendoakan segala perancangan kami dipermudahkan.

Majlis pernikahan bakal berlangsung di kampung halaman Fasha di Perlis. Bagaimanapun, beliau hanya akan mendedahkan tarikh pernikahan  itu selepas selamat diijabkabulkan nanti.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Project Two-Pi

March 28th, 2019

Semalam, telah berlangsungnya majlis malam berinai Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang cukup meriah sekali bertempat di The Love, Matic, Kuala Lumpur. Betapa bahagianya pasangan ini  diraikan dalam majlis tersebut bertemakan Melayu Klasik.

Bagaimanapun, sehingga hari ini kedua-duanya masih belum mahu berkongsi tarikh sebenar pernikahan mereka, namun mengakui ia akan diadakan pada penghujung bulan ini.

Insya-Allah jika tiada aral melintang kami bakal disatukan sekitar penghujung bulan ini, namun kami mengambil keputusan untuk menghebahkan pernikahan kami selepas selamat diijabkabulkan.

Kami berbuat demikian kerana majlis yang bakal diadakan ialah majlis tertutup dan ia sekadar majlis sederhana buat sanak saudara terdekat, jumlah hantaran dan mas kahwin turut akan diumumkan selepas semuanya selesai kelak.

Dalam pada itu, Fasha memberitahu beliau dan Aidil akan berbulan madu di Pulau Langkawi selepas perkahwinan.

Tidak mengapalah jika enggan berkongsi tarikh nikah, kami doakan agar segala perancangan berjalan dengan lancar dan semoga rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke jannah.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Rumah Kebaya Bangsar , Aqo Imran & Media Hiburan