March 28th, 2019

Semalam, telah berlangsungnya majlis malam berinai Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang cukup meriah sekali bertempat di The Love, Matic, Kuala Lumpur. Betapa bahagianya pasangan ini  diraikan dalam majlis tersebut bertemakan Melayu Klasik.

Bagaimanapun, sehingga hari ini kedua-duanya masih belum mahu berkongsi tarikh sebenar pernikahan mereka, namun mengakui ia akan diadakan pada penghujung bulan ini.

Insya-Allah jika tiada aral melintang kami bakal disatukan sekitar penghujung bulan ini, namun kami mengambil keputusan untuk menghebahkan pernikahan kami selepas selamat diijabkabulkan.

Kami berbuat demikian kerana majlis yang bakal diadakan ialah majlis tertutup dan ia sekadar majlis sederhana buat sanak saudara terdekat, jumlah hantaran dan mas kahwin turut akan diumumkan selepas semuanya selesai kelak.

Dalam pada itu, Fasha memberitahu beliau dan Aidil akan berbulan madu di Pulau Langkawi selepas perkahwinan.

Tidak mengapalah jika enggan berkongsi tarikh nikah, kami doakan agar segala perancangan berjalan dengan lancar dan semoga rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke jannah.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Rumah Kebaya Bangsar , Aqo Imran & Media Hiburan


16 responses to “Tidak Umum Tarikh Nikah Kerana Majlis Tertutup Dan Sederhana – Fasha Sandha”

  1. Anonymous says:

    hari ni rasanya nikah.. hari ini kan besday fasha.. tu pasal kawan2 dia sambut besday 10 hari awal.. betul tak admin?

  2. Anonymous says:

    akad nikah x nak bg tahu habis peluk bagai nak bg tahu ye ;)

Loading...