November 12th, 2018

Mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat sejak setahun yang lalu, pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz kini semakin terbuka mempamerkan kemesraan mereka dengan orang ramai. Sering memuat naik gambar berdua di akaun Instagram masing-masing, ramai yang boleh melihat sinar cinta serta kebahagiaan mereka.

Terbaru, mereka dikhabarkan bakal mengikat tali pertunangan pada pertengahan bulan ini dan sedang rancak melakukan persiapan termasuk menempah busana untuk majlis istimewa itu.

Bagaimanapun, Fasha ketika dihubungi pihak media enggan memberikan komen lanjut mengenainya.

Maaf. Saya tak boleh jawab apa-apa selagi perkara itu belum berlaku. Namun, apa-apa pun, saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk saya, Aidil dan dua anak saya.

Saya terlalu sibuk dengan kerja. Jadi, saya serahkan semuanya pada pihak keluarga untuk membuat keputusan mengenai kehidupan peribadi.

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? Apa salahnya untuk mengumumkan sesuatu perkara yang baik, pastinya ramai yang akan mendoakan kebahagiaan Fasha dan Aidil.  Apa-apa pun, jika berita ini benar, kami ucapkan tahniah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement
October 18th, 2018

Beberapa hari lepas,  Fasha Sandha telah menafikan gosip sudah mengikat tali pertunangan ataupun bernikah secara senyap dengan kekasih hati Aidil Aziz serta keliru dengan ucapan tahniah bekas suami kepada dirinya.

Pagi tadi, Datuk Seri Aliff Syukri pula telah meninggalkan komen di salah satu muat naik di Instagram Fasha dan memberikan bayangan seakan pelakon jelita itu bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Walaupun Fasha pernah memberitahu beliau belum bersedia untuk berkongsi sebarang perancangannya bersama Aidil untuk masa depan, rata-rata netizen bagaimanapun merasakan apa yang dikatakan oleh Aliff itu mungkin benar memandangkan beliau dan Fasha bersahabat baik. Selalunya, hanya mereka yang rapat antara satu sama lain sahaja yang tahu mengenai cerita terkini kan?

Kalau dah ada perasaan cinta dan sayang, tunggu apa lagi? Benda baik janganlah ditangguh ye dak? Semoga segalanya dipermudahkan buat Fasha dan Aidil.

Advertisement
October 16th, 2018

Status Insta Stories bekas suami Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram ataupun lebih dikenali sebagai Jejai mencetuskan spekulasi.

Adakah aktres jelita itu sudah mengikat tali pertunangan ataupun bernikah secara senyap dengan kekasih hati Aidil Aziz.  Turut terkejut dengan berita hangat itu, Fasha tampil menafikannya.

Setakat (hari) ini, saya dan Aidil masih berkawan rapat. Saya belum bersedia untuk berkongsi mengenai sebarang perancangan saya dan Aidil untuk masa depan. Ini kerana saya tidak pasti apa akan jadi pada esok hari. Insya-Allah apabila tiba masa dan harinya nanti saya pasti berkongsi dengan peminat. Setakat ini, saya tidak mahu berkongsi kerana masanya belum tiba.

Fasha berharap orang ramai tidak lagi membuat sebarang andaian mengenai status hubungannya dengan Aidil. Bagaimanapun, beliau tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat tercinta yang tidak henti mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Aqo Imran

Advertisement