September 23rd, 2020

Mungkin sudah lali ditanyakan soalan bila akan mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Farahdhiya meminta individu di luar sana yang bertanyakan soalan berkenaan supaya memperkenalkan dia dengan lelaki yang layak dijadikan suami.

Pemilik nama Farahdhiya Mohd Amin,36, dalam pada itu turut meminta peminat di luar sana untuk belajar menghormati privasi orang lain dan tidak bertanyakan soalan yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

Dia yang memuat naik luahan hati di ruangan instagram miliknya itu turut berseloroh bahawa memilih lelaki untuk dijadikan suami bukanlah seperti memilih kuih muih seperti karipap di warung.

“Daripada orang sibuk tanya saya bila nak kahwin, baik kenalkan saya dengan lelaki yang baik, boleh? Kahwin ni bukan macam nak pilih karipap ya? Dan tolong belajar untuk hormati privasi orang lain,”

Netizen yang mengikuti entri berkenaan rata-rata bersetuju dengan luahan pelakon cantik ini dan ada yang menyokong bahawa terdapat segelintir netizen yang suka mengambil tahu hal peribadi orang lain.

Farahdhiya yang gemar berkongsi resipi masakan di ruangan Instagram dilihat baru sahaja pulang dari bercuti di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

April 19th, 2017

Memiliki wajah yang serius, ramai yang menyangka penyanyi dan pelakon Farahdhiya seorang yang sombong dan sukar untuk menawan hati orang. Walaubagaimanapun, Farahdhiya menafikan anggapan tersebut dan memberitahu beliau memang dilahirkan mempunyai rupa paras sebegitu.

Farahdhiya juga akui beliau sebenarnya seorang yang berperangai gila-gila. Cubalah untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Itu sebenarnya masalah dihadapi oleh saya kerana ramai beranggapan bahawa diri saya ini sebagai seorang yang sombong. Saya memang dilahirkan mempunyai rupa paras begini dan nampak seperti sombong. Takkan saya harus lakukan pembedahan plastik untuk menjadikan muka saya sentiasa tersenyum.

Namun jika ada orang mengenali saya dengan lebih rapat mereka akan tahu perangai gila-gila saya yang sebenar dan tidak seperti disangkakan. Biarlah mereka menilai sendiri kerana saya tidak boleh untuk mengubah persepsi orang ramai yang anggap saya sombong.

Biasalah, orang ramai kadang-kadang lebih suka untuk menilai perangai seseorang orang daripada rupa paras sahaja dan mencetuskan pelbagai anggapan tidak benar.

Sumber Berita : Astro Gempak

April 13th, 2017

Walaupun belum mempunyai teman istimewa di dalam hidupnya, penyanyi Farahdhiya lebih rela untuk kekal begitu daripada bercinta dengan suami orang. Farahdhiya enggan menimbulkan sebarang masalah dan mencetuskan kontroversi yang hanya akan memberikan kesan negatif terhadap dirinya.

Kalau tanya mana-mana perempuan, pilihan utama ialah seorang yang single, duda pun tiada masalah. Jika diikut umur saya sekarang susah nak jumpa lelaki yang masih bujang.

Selagi boleh elak, kita elakkan yang sudah berkahwin tapi itu semua Allah yang tentukan, buat masa ini kita berdoa minta dijauhkan dengan lelaki berkahwin.

Farahdhiya akui beliau sukar untuk bertemu dengan lelaki yang bersesuaian dengan dirinya kerana beliau tidak terlalu bersosial  dan jadual kerjanya agak padat.

Saya berjanji dengan diri saya untuk keluar bersosial tahun ini, kalau kita tidak berusaha, jodoh tidak akan datang sendiri, tapi sudah bulan April masih tidak sempat lagi. Ada juga kawan-kawan yang cuba kenalkan saya dengan lelaki tetapi kebanyakkannya sudah berkahwin.

Tambah Faradhiya lagi, beliau juga mengelak untuk bercinta dengan lelaki muda yang mempunyai sikap tidak matang. Apa yang Farahdhiya mahu ialah seseorang lelaki yang tidak mengongkongnya, bersikap matang dan memahami kerjayanya sebagai seorang artis.

Sumber Berita : mStar Online

March 19th, 2017

Meskipun pernah beberapa kali gagal dalam percintaan dan pernah ditipu lelaki, pelakon Farahdhiya akui beliau tidak serik dan masih terbuka pintu hatinya untuk menerima cinta. Farahdhiya mahu bakal suaminya itu mempunyai penampilan kemas dan beberapa ciri lain yang beliau idamkan.

Dia tidak perlu terlalu kacak atau cukup sekadar kulit hitam manis. Dia juga mesti memiliki gigi yang cantik dan gusi bersih.

Ini paling penting buat saya kerana dengan senyuman yang menampakkan gigi dan gusi yang bersih, ia akan membuatkan raut wajah lebih bersinar. Dia juga mestilah ‘kaki’ gimnasium dan pandai menjaga penampilan diri. Tapi kalau dia suka mengawal dan mengatur apa yang perlu saya buat, lupakan hasrat itu.

Walaupun mempunyai darah kacukan Melayu-Inggeris, Farahdhiya memberitahu jejaka pilihannya adalah berbangsa Melayu.  Namun, dalam mencari yang terbaik, beliau tetap akan berhati-hati ketika menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Kalau lelaki diluar sana ada mempunyai ciri-ciri seperti yang Farahdhiya mahukan, mungkin anda boleh mencuba nasib untuk menjadi kekasih beliau. Siapa tahu ada jodoh? Hehe..

Sumber Berita : BH ONLINE