“Bukanlah ‘Playgirl’ Cuma..” – Farahdhiya Enggan Terikat Dengan Seorang Calon, Berkawan Dengan Semua Selagi ‘Single’

Hiburan

“Bukanlah ‘Playgirl’ Cuma..” – Farahdhiya Enggan Terikat Dengan Seorang Calon, Berkawan Dengan Semua Selagi ‘Single’

Penyanyi dan aktres jelita Farahdhiya tidak terburu-buru ingin bergelar isteri dan akui dirinya masih menunggu untuk ditemukan dengan jodoh yang tepat. Menurutnya, dia tidak akan mendedahkan identiti teman istemewanya selagi belum berkahwin.

Katanya di sebuah wawancara, pelakon ini tidak menafikan bahawa ada yang mendekati dirinya namun Farahdhiya tidak mahu terikat dengan mana-mana individu selagi belum yakin dan jumpa yang sesuai untuk dirinya.

Advertisement

Saya berkawan dengan ramai. Bukanlah playgirl cuma saya nak cari yang sesuai. Saya berkawan untuk berkahwin bukan nak buang masa.

You don’t have to be too good-looking sebab bagi saya rupa tu dah jadi nombor 10, yang penting baik hati, bukan penipu dan pengotor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd)

Pada masa yang sama, dia juga menepis sangkaan bahawa dirinya itu seorang yang high maintainance disebabkan perwatakan dan penampilan. Menurutnya, dia hanya mahukan peneman hidup yang simple dan tidak perlu terlalu sempurna.

Bukan itu sahaja, tambahnya lagi, ketika ini Farahdhiya masih terbuka untuk berkenalan dengan mana yang berminat cuma ingin mereka yang serius sahaja dan bukan untuk bersuka-ria.

natasha hudson
5 months ago

"Kalau Tak Heal, Boleh Pass On Next Generation" - 5 Kali Kahwin, 4 Kali Bercerai, Natasha Hudson Alami Penyakit Keturunan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...