Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Penantian Berakhir, Faradhiya Ibaratkan Seperti Menunggu Jodoh Tak Kunjung Tiba

Farahdhiya

Pelakon jelita, Farahdhiya berkongsi sebuah berita gembira di laman Instagram miliknya semalam.

Advertisement

Jelas pelakon drama Spa Q ini lagi, dia sudah pun berjaya khatam naskah agung Al-Quran, semalam.

Dia dalam pada itu meluahkan rasa lega apabila telah tamat tempoh 14 hari setelah mendapatkan vaksinasi lengkap COVID-19.

Alhamdulillah. Hari ini (semalam) hati berbunga-bunga. Pertamanya sebab dapat khatam al-Quran dan pada masa sama cukup 14 hati selepas disuntik dos kedua vaksin AstraZeneca. Saya telah divaksinasi penuh.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati itu juga memaklumkan bahawa menunggu untuk disuntik dos kedua vaksin tersebut seolah-olah menunggu jodoh yang tidak kunjung tiba.

Advertisement

“Menunggu dos kedua vaksin Astra Zeneca macam menunggu jodoh yang tidak kunjung tiba. Lama sangat!” seloroh Farahdhiya.

Perkembangan terkini, dia memaklumkan bahawa akan kembali berlakon selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan fasa tiga (PKP 3.0) yang dilaksanakan kerajaan sejak Mei lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top