August 22nd, 2017

Semalam, kita diberitakan Hafiz Hamidun telah ke mahkamah untuk memfailkan pembatalan perkahwinannya dengan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa.
Bagaimanapun, tanpa pengetahuan Hafiz, Joy sebenarnya telah pun lebih dahulu memfailkan pembubaran perkahwinan pada Jumaat lepas menyebabkan permohonan Hafiz dibatalkan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Advertisement

Melalui satu siaran live di Instagramnya yang dibuat selepas sidang media Joy Revfa kepada pemberita semalam, Hafiz memberitahu dia bukannya berdiam diri seperti yang didakwa tetapi dia menunggu masa yang sesuai untuk memberikan kenyataan.

Dia juga akan memberi penjelasan berkenaan status perkahwinannya dalam masa terdekat.

Buat masa ini Hafiz tidak mempunyai sebarang komen, hanya akan bercakap berlandaskan fakta dan tidak akan melayan perkara bukan-bukan.

Advertisement

Merujuk kepada isterinya sebagai ‘pihak sana’, Hafiz mendakwa telah ke mahkamah untuk memfailkan sesuatu, dipercayai pembatalan pernikahannya tetapi ia ditolak kerana pertindihan permohonan.

Hafiz meminta Netizen membezakan kenyataan-kenyataan profesional dengan kenyataan bersandarkan emosi antara dia dan isterinya. Video tersebut boleh ditonton di bawah:

Semalam, dalam satu sidang media, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin mendakwa hanya duduk sebumbung dengan Hafiz selama enam hari dan telah melakukan hubungan suami isteri sebelum ditinggalkan oleh Hafiz pada 23 Mei. Sejak itu, sehingga kini, Joy tidak diberi nafkah zahir dan batin.

Hafiz dikatakan ragu-ragu dengan status sah perkahwinan mereka kerana Joy dikatakan belum menyudahkan proses perceraian dengan suami sebelum ini.

Joy memfailkan pembubaran perkahwinan kerana ingin mahkamah membuat keputusan. Percaya perkahwinannya dengan Hafiz sah, Joy ingin terus bergelar isteri Hafiz, berjuang untuk mendapatkan hak serta menyelamatkan perkahwinannya.-beautifulnara.com

Advertisement
March 12th, 2015

Tiada angin tiada ribut, sebelum ini Yatt Hamzah telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor pada awal bulan lepas. Pelbagai pihak cuba membuat andaian sendiri atas berita tersebut dan ada yang mahu Yatt tampil untuk memberikan penjelasan lanjut. Walaubagaimanapun, Yatt dalam satu kenyataan di akhbar telah meminta agar diberi ruang dan sedikit masa untuk berbuat demikian.

Terbaru,  Yatt telah membuat permohonan kepada pihak mahkamah untuk menngguhkan kes sebutan cerai beliau kerana ingin menyelesaikan kemelut rumah tangga bersama suami secara baik dan meminta tempoh sehingga sebulan.

Permohonan itu telah dibuat menerusi peguam syarie, Nuraini Fauzi dan disebut dihadapan  Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah. Malah pihak Abdul Mutalib selaku defendan turut bersetuju dengan permohonan tersebut.

Advertisement

Menurut peguam yang mewakili Yatt, pasangan ini mempercayai bahawa perbincangan mendalam yang dilakukan dapat memberi ruang kepada kedua-dua mereka terbuka untuk meluahkan rasa dalam hati sekaligus menyelamatkan rumah tangga mereka.

Yatt berkahwin dengan Abdul Mutalib pada 29 Mac 2009. Keduanya berusia 35 tahun. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Malika Hanania yang kini berusia 5 tahun.

Jika dilihat pada foto mereka berdua di Syria, kami rasa kasih sayang itu masih ada didalam hati Yatt Hamzah dan suami. Mungkin sebelum ini Yatt pernah terkecil hati tetapi jika rasa cinta itu masih ada, usahakanlah untuk mempertahankan rumah tangga anda berdua.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Advertisement
March 2nd, 2015

Sebenarnya, kami agak terkejut apabila menerima berita mengenai Yatt Hamzah yang ingin bercerai dengan suaminya. Iyalah, pasangan ini tidak pernah dikhabarkan mempunyai masalah dan tampak manis bersama dalam siri terbaru program Romantika.

Pelbagai pihak telah membuat spekulasi mengenai rumah tangga mereka dan seakan-akan terkeliru sebentar apabila pasangan ini kelihat mesra bersama membeli belah selepas Yatt memfailkan permohonan cerai.

Advertisement

Terbaru, Yatt Hamzah yang kini sedang sibuk membantu rakyat Syria  untuk bantuan musim sejuk enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal perceraiannya dan meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat beliau.

Doa adalah senjata mukmin, saya perlukan kekuatan doa daripada anda semua. Tunggulah masa yang sesuai untuk diumumkan. Sekarang semuanya masih belum pasti. Tiada jawapan pun lagi dan tak ada apa yang boleh diberitahu.

Yatt Hamzah telah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib pada tanggal 29 Mac 2009. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Malika Hanania yang kini berusia 5 tahun.

Buat masa ini, tiada komen yang dapat kami berikan kerana tiada siapa tahu punca sebenar keretakan rumah tangga mereka. Yang kami tahu sebelum ini, Yatt Hamzah dan suami mahu menghadiri sesi kaunseling, semoga niat itu masih ada dan doakan masjid yang dibina tidak roboh.

Sumber Berita: Sinar Harian

Advertisement
February 24th, 2015

Agak mengejutkan apabila pelakon Yatt Hamzah dikhabarkan memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor di Mahkamah Syariah pada hari ini, lapor Harian Metro.

Ini kerana baru-baru ini pasangan itu muncul dalam siri Romantika dan kelihatan bahagia sekali.

Entah apa natijahnya makin ramai pasangan selebriti memfailkan perceraian sejak akhir-akhir ini. Hendak komen lebih-lebih pun tidak sesuai kerana tidak diketahui apa punca Yatt memfailkan perceraian tersebut.

Untuk makluman anda, Yatt berkahwin dengan Abdul Mutalib pada 29 Mac 2009. Keduanya berusia 35 tahun. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Malika Hanania yang kini berusia 5 tahun.

Advertisement

Advertisement