Noryn Aziz Failkan Rayuan Gugur Perintah Nusyuz Terhadap Bekas Suami, Senator Datuk Raja Kamarul

Hiburan

Noryn Aziz Failkan Rayuan Gugur Perintah Nusyuz Terhadap Bekas Suami, Senator Datuk Raja Kamarul

Penyanyi terkenal 90-an, Noryn Aziz baru-baru ini telah memfailkan permohonan kebenaran rayuan untuk menggugurkan perintah nusyuz yang dibuat bekas suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah di Mahkamah Rayuan Syariah, Kuala Terengganu.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu telah membenarkan perintah nusyuz yang difailkan Raja Kamarul kira-kira lima tahun yang lalu.

Advertisement
Noryn raja kamarulSumber : Google  

Raja Kamarul juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan negeri Terengganu.

Sekadar info, Noryn telah berkahwin dengan Raja Kamarul sebagai isteri kedua pada tahun 2010 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia 9 tahun.

Noryn dan Raja Kamarul kemudian bercerai pada tahun 2018 sebelum penyanyi itu berkahwin baru bersama seorang ahli perniagaan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman pada Oktober 2020 yang lalu.

Neelofa hamil anak kedua
1 year ago

"Ya, Dah 'Half Way To Go', Syukur Alhamdulillah" - Neelofa Umum Hamil Anak Kedua

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...